Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 11-15


AMARAN SPOILER

Episod 11 – 15

Drama bersiri slot Akasia atau lebih mesra dengan panggilan drama maghrib dalam kalangan masyarakat tempatan Rahimah Tanpa Rahim masih lagi diteruskan siarannya dan kali ini kami ingin mereviewkan episode 11 – 15.

Drama bersiri ini pada asalnya adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser Syndrome dalam kalangan wanita di dunia amnya dan di dunia khasnya.

Akan tetapi, sepertimana yang telah kami sebutkan dalam beberapa review yang lepas, sindrom MRKH ini kelihatannya hanyalah sebagai satu hiasan di atas kertas sahaja kerana apa yang berlaku dalam drama bersiri ini tidak jauh daripada tipikal drama maghrib yang lain.

Selain daripada isu dan konsep yang menyimpang jauh itu, terdapat beberapa aspek teknikal yang dilihat tidak begitu menyenangkan pada mata kami. Kegagalan kontinuiti yang begitu teruk dalam drama menimbulkan tanda tanya kepada kami akan apakah masalah yang berlaku disebalik tabir drama ini.


Pertukaran sudut kamera sentiasa tidak selari dengan pergerakan mulut pelakon lebih lebih lagi ketika melibatkan babak perbualan melibatkan lebih daripada dua orang watak.

Drama dan filem merupakan satu medan pendidikan tidak formal yang cukup versatil dalam dunia serba moden mutakhir ini. Selain daripada isu MRKH yang kini sudah tenggelam dengan kekuatan tipikal drama Melayu, isu kebudayaan juga turut kami lihat mengalami kelompongannya yang tersendiri dalam drama ini.

Budaya memakai pakaian serba hitam masih menjadi satu budaya dalam drama tempatan lebih lebih lagi melibatkan drama yang berorientasikan masyarkat Melayu Islam. Perkara ini secara tidak langsung membudayakan satu kebiasaan yang salah iaitu memakai warna hitam setiap kali ada kematian sedangkan dalam Islam tiada perkara sebegitu rupa.

Seterusnya, setelah kematian Tuan Firdaus dalam drama ini, isterinya kelihatan bebas keluar rumah ke sana ke mari tanpa menghiraukan hukum agama iaitu Iddah yang dikenakan ke atasnya kerana kematian suami.

Perkara ini boleh dilihat dari dua sudut. Sudut pertama adalah bahawa Puan Sakinah sememangnya seorang yang tidak menghiraukan hukum hakam agama dan perkara ini padan dengan perangainya yang jahat. Sudut yang kedua adalah pihak produksi sememangnya terlepas pandang akan hal yang begitu penting ini.

Walau apapun yang berlaku, secara keseluruhannya kami berharap akan ada kebaikan yang dapat dilihat dalam drama ini meniti separuh lagi episod drama bersiri ini.

Rating Kakimuvee

1/5


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee