Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim – Episod: 16-20

Rahimah Tanpa Rahim kini masih ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia. Masih lagi mengisahkan tentang kehidupan Rahimah yang masih dihimpit oleh masalah dan dugaan hidupnya sendiri. Umum mengetahui bahawa kami telah mereview drama ini secara terus menerus bermula daripada episode pertama sehingga review kali ini untuk episod 16 – 20.

15 episod yang lepas kita telah menyaksikan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Rahimah dalam menelusuri kehidupan beliau di samping kondisi medikal yang hidapinya iaitu Sindrom MRKH yang lebih dikenali oleh masyarakat Malaysia dengan sindrom tanpa rahim.

Itulah tujuan asal drama ini dihasilkan iaitu untuk mendidik dan menyebarkan isu MRKH kepada rakyat Malaysia. Dimasukkan dalam slot akasia dengan harapan menjadi satu titik tolak mencapai jumlah penonton yang ramai.

Dalam set episode 16 – 20 ini pihak produksi telah memasukkan serba sedikit peranan kumpulan sokongan atau “support group” terhadap Rahimah.

Advertising

“Support Group” mempunyai peranan yang sangat penting dalam sesebuah komuniti untuk menyokong mereka yang terkesan dengan sesuatu keadaan sepertimana yang kita semua dapat lihat dalam Avengers : Endgame yang mana Captain America menjadi salah seorang jurucakap dalam sebuah “support group” setelah peristiwa The Blip berlangsung.

Akan tetapi dalam Rahimah Tanpa Rahim ini, peranan “support group” hanya berada pada permukaan sahaja kerana yang mendatangi Rahimah hanyalah salah seorang daripada ahli pasukan itu sahaja yang dikenali sebagai Kak Wani.

Tiada langsung babak aktiviti bersama kumpulan yang ditunjukkan kepada penonton dan yang lebih membuatkan keadaan bertambah teruk adalah tatkala Rahimah menerima sokongan daripada insan yang mengidap MRKH sepertinya juga, Rahimah tetap “dungu dan lembab” seperti sebelumnya. Perkembangan watak sebegini adalah satu perkara yang sangat melemahkan dan mengganggu jalan cerita.

Selain itu, dalam set episode 16 – 20 ini, pihak produksi telah memasukkan pelbagai rencah dan “twist” tipikal drama Melayu. Daripada Ibu mertua toksik sehinggalah janda gila talak. Lengkap semuanya membuatkan isu utama drama ini terperosok ke dalam lautan dalam dan tidak kelihatan.

On second thought, reshoot sahajalah drama ini. Bunuh Rahimah pada episode 21. Tamat dan bagi laluan kepada drama bersiri yang lain pula. (hahahahahahaah).

Rating Kakimuvee

1/5

Advertising

Related posts

Review Filem: The Perfect Date (2019)

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 11-15

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 6 – 10

Ahmad Fariszuan

Review Telefilem: Delen (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Yin-Yang Master: Dream of Eternity (2020)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Petaka: Syurga Ini Milikmu (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment