Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021)

Episod : 1 – 5

Slot AKASIA di TV3 kini tampil dengan drama terbaharu iaitu Rahimah Tanpa Rahim. Bertunjangkan kondisi medikal yang dikenali sebagai “Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser” (MKRH), drama pada kali ini dilihat memberikan satu perspektif yang menarik terhadap penonton.

Namun, ku sangka hujan hingga ke petang akan tetapi hujan di tengah hari. Konsep kondisi medikal tersebut setakat episod 5 hanyalah sekadar penyedap deskripsi sinopsis drama sahaja. Lebih lebih lagi pada episode 1 dan 2 yang hanya memaparkan kisah watak utama sekadar 20 – 30 peratus dari keseluruhan drama dan selebihnya hanyalah kisah sampingan.

Akan tetapi, disebalik kisah MKRH ini sendiri, terdapat beberapa kisah sampingan yang turut diketengahkan dalam drama kali ini seperti :

Advertising
  • Pedofilia
  • Ibu tiri tipikal
  • Jodoh pilihan keluarga
  • Kawan tikam kawan
  • Masyarakat sekeliling yang mudah menghukum.

Dan pelbagai lagi kritikan sosial yang diberikan terhadap penonton daripada pihak produksi drama ini.

Umum mengetahui sekiranya drama, perkembangan jalan cerita akan menjadi perlahan akan tetapi bergantung kepada pihak produksi untuk menjadikan kualiti perlahan itu sama ada bagus atau buruk dan kadar kualiti perkembangan jalan cerita bagi drama Rahimah Tanpa Rahim ini dilihat sangat tidak memberangsangkan dan hanya sekadar untuk melengkapkan masa siaran dan tempoh episod iaitu 28 episod.

Rasa tipikal drama melayu itu masih kuat dalam Rahimah tanpa Rahim ini. Sebuah kondisi medikal yang sebenarnya begitu menarik untuk dipertontonkan akan tetapi hanya dijadikan sebagai topeng untuk mencapai kecaman para netizen agar ‘marketing’ berlangsung secara percuma melalu media sosial sekarang.

Walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk menghukum akan arah tuju drama ini. Kami mengharapkan arah tujunya lebih berfokus dan berpusat kepada isu kesihatan yang dialami oleh Rahimah dan bukannya isu sampingan lain menjadi “highlight” utama.

Rating Kakimuvee

1.5/5

Advertising

Related posts

Review Filem: Selamat Hari Tak Jadi (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Perfect Date (2019)

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim – Episod: 16-20

Ahmad Fariszuan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 11-15

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 6 – 10

Ahmad Fariszuan

Review Telefilem: Delen (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment