Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Tempatan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod 26-28

Setelah memulakan tayangannya lebih kurang sebulan yang lepas, Drama Bersiri penuh tanda tanya iaitu Rahimah Tanpa Rahim telah sampai ke penghujungnya. Mencapai episode ke – 28 pada 2 Mac 2021.

Berapa jumlah penonton untuk drama pada kali ini masih menjadi tanda tanya namun berdasarkan apa yang dapat kami perhatikan, drama Rahimah Tanpa Rahim ini berkemungkinan tidak setinggi jumlah penonton seperti drama yang lain iaitu Takdir Yang Tertulis.

Telah menjadi satu kebiasaan bagi drama drama Melayu tipikal dengan menyumbat segala peleraian konflik dalam episode terakhir dan Drama RTR tidak terkecuali. Hampir kepada semua masalah dan konflik diselesaikan di episode terakhir dengan cara yang sangat jijik. Hampir kesemua watak jahat diberikan satu penyelesaian iaitu “mental disorder”.

Perkara yang lebih menjijikan lagi adalah segala kondisi psikiatri yang ditunjukkan dalam drama ini sedikit pun tidak menepati mana mana diagnose secara spesifik dalam mana mana buku rujukan seperti DSM IV atau DSM V.

Segala konflik sampingan dilihat berjaya diselesaikan walaupun dalam cara yang sangat murahan dan lazy writing , hanya satu sahaja konflik yang dilihat digantung tidak bertali oleh pihak produksi iaitu kondisi medikal Rahimah. MRKH.

Hanya berhenti di sekitar episode ke – 9 dan kelibat ahli kumpulan sokongan MRKH pula tiada batang hidungnya hanya terhenti di sebelum episode 20. Mungkin kerana Kak Wani yang merupakan salah seorang ahli kumpulan sokongan itu juga sudah tidak mampu bertahan dengan kebodohan dan kelembaban Rahimah dalam meniti kisah hidupnya.

Mak Aini yang merupakan ibu tiri kepada Rahimah akhirnya diserang angin ahmar atau dikenali dengan nama Strok dalam bahasa perubatan. Akan tetapi apa yang dapat diperhatikan adalah, keadaan medikal yang ditonjolkan itu sangat melampau.

Namun seperti yang telah dinyatakan dalam review yang lepas, mempersoalkan logik dalam drama Melayu adalah seperti mempersoalkan logik dalam filem Avengers. Zana yang merupakan adik kepada Rahimah pula sempat tersedar daripada hanyut dalam dakapan instafamous Jojo (nasib baik kau tak kena rogol je wahai Zana).

Selama 28 episod ini juga, lakonan Amelina yang memegang watak Sakinah yang merupakan ibu kepada Jauhar turut dikritik oleh warganet atas “kekayuan”nya. Akan tetapi mendapat pujian sepanjang episod 27 dan 28. Dengan wataknya yang kurang siuman dan dialog dialognya yang kelakar. Salah satu dialog yang mendapat perhatian warganet adalah, “Kesian, muka hensem, bini banyak tapi takde hasil…haa haa haa haa”.

Setelah segala penyelesaian yang diberikan kepada watak watak jahat dalam drama ini, watak utama iaitu Jauhar dan Rahimah diberikan spotlight terakhir dengan dilatarbelakangkan monolog oleh Rahimah yang agak cringy. Beberapa isu detailing lain terus dibiarkan berterabur sehingga akhir.

Maka dengan ini selesai sudahlah 28 episod drama Rahimah Tanpa Rahim. Rata rata di media sosial mengutuk tanpa belas akan drama ini kerana kelembikan watak Rahimah yang sentiasa dungu dari episode 1 sehingga episode 27. Kini pasti kita semua akan merindui kedunguan Rahimah pada waktu maghrib.

Kesimpulannya, konsep yang bagus berkenaan medikal tidak semestinya menjamin akan kebagusan kualiti sesuatu hasil karya drama atau filem itu sendiri.

Rating Kakimuvee

0.5/5

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment