Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

917
views

The Fiery Priest (2019)
20 episod (40 episod)

Drama aksi jenayah komedi ini mengisahkan Paderi Kim Hae Il (Kim Nam Gil) yang merupakan seseorang yang tidak boleh mengawal kemarahannya, dia merupakan bekas ejen NIS. Kemarahannya semakin tidak terbendung apabila seseorang yang dianggap ayahnya, iaitu Paderi Lee dibunuh dan difitnah dengan mengatakannya membunuh diri kerana dakwaan menyalahguna kuasa dan mencabul seorang wanita. Perkara itu membuatkan Paderi Kim Hae Il berusaha mencari keadilan untuk Paderi Lee dan menyiasat siapa pelakunya sekaligus membongkar segala jenayah di bandar tersebut.

Drama ini berlatar belakangkan sebuah bandar yang nampak molek dan teratur dari segi luaran tetapi penuh dengan rasuah, pembunuhan, polis yang culas membuat kerja mereka, pendakwaraya yang mementingkan diri sendiri, pendek kata pihak berkuasa yang tidak guna dan bermuka-muka. Mereka berhadapan dengan Paderi yang panas baran dan akan melakukan apa sahaja demi mencari kebenaran. Jalan cerita drama ini sebenarnya biasa² je tetapi menjadi cerita yang luar biasa, terima kasih kepada perkembangan watak yang cemerlang hampir setiap daripada mereka.

Fokus utama sudah tentulah Paderi Kim Hae Il yang dilakonkan oleh Kim Nam Gil. Seorang pelakon yang hebat, boleh bawa watak serius, boleh melakukan aksi pergaduhan dengan sangat cool dalam masa yang sama boleh buat aksi kelakar dan komikal, dengan cara yang mengagumkan. Karakter Kim Hae Il ni buat aku ketawa banyak kali dan memerhatikannya berlawan sememangnya sangat menarik.

Kim Nam Gil membawa watak Paderi Kim Hae Il yang berjuang melawan emosi dalamannya disebabkan trauma masa lalu ketika menjadi ejen NIS, berjaya membawa penonton serap masuk ke dalam emosinya. Keseimbangan komedi dan aksi dalam drama ini yang berjaya membuat penonton melekat menonton sehingga ke akhirnya, bayangkan dalam situasi yang serius tiba² berubah menjadi situasi yang lucu dalam cara yang menghiburkan.

Pelakon² keseluruhan drama ini sangat menakjubkan, walaupun ada sesetengah watak² yang agak menyakitkan hati pada awalnya tetapi berjaya memikat hati penonton dengan lakonan masing². Penjahat/antagonis berjaya membuat penonton membenci mereka dan hero²/protagonis berjaya membuat penonton mencintai mereka.

Drama ini mengundang segala emosi kepada penonton. Dari ketawa hingga menangis dan marah. Ianya merupakan sebuah drama yang unik. Kim Nam Gil bergocoh kalah John Wick.

Rating Kakimuvee: 9/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here