Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review drama Korea – Son : The Guest

Jumlah Episod: 16 Episod

Drama ini tidak sesuai ditonton oleh mereka yang mudah terkejut dan lemah semangat (tapi kalau dah mulakan tengok, takdelah rasa seram atau takut sangat sebab dah dapat sesuaikan dengan keadaan). Drama ini memaparkan subjek yang agak berat untuk dihadam dan grafiknya pun agak “keterlaluan” untuk pandangan mata.

Mengisahkan 20 tahun yang lalu, Yoon Hwa Pyung, seorang psikik muda yang dilahirkan dalam keluarga dukun. Mengetahui tentang kewujudan satu Syaitan yang kuat yang disebut “Sohn”. Syaitan itu memiliki kekuatan untuk mengendalikan syaitan lain dan membolehkan mereka untuk merasuk orang yang lemah. Orang-orang yang dirasuk itu akan menjadi gila, membunuh keluarga mereka, dan menusuk mata mereka sendiri.

Choi Yoon, seorang budak lelaki yang diahirkan dalam keluarga Kristian Katolik yang taat beragama, dan Kang Kil Yeong, anak perempuan seorang detektif, termasuk Yoon Hwa Pyung ditakdirkan bertemu ketika ahli keluarga mereka dibunuh oleh syaitan.

20 tahun kemudian, syaitan itu mula membunuh lagi.Hwa Pyung kini bekerja sebagai pemandu teksi yang menggunakan kebolehannya untuk mencari orang yang dirasuk untuk membantu mereka, Choi Yoon/Mateo/Matthew adalah seorang paderi Kristian Katolik yang berbakat dalam exorcism, dan Kil Yeong adalah seorang detektif yang agak skeptikal terhadap hantu, trio ini bertemu sekali lagi dan cuba bekerjasama untuk mengalahkan “Sohn” yang kini dikenali dengan nama Park Il Do.

Alur cerita dalam drama ini dikembangkan dengan baik, karakter, lakonan, unsur keseraman digarap dengan sempurna dan faktor-faktor itu dapat menutup beberapa adegan yang agak meleret sedikit dalam drama ini. Drama ini juga membuatkan penonton untuk turut menyiasat dan meneka sekali siapakah “Park Il Do” itu sehingga episod akhir dan rasanya penonton agak terkejut mengetahui jawapannya dan semuanya tidak semudah dan seperti yang diharapkan.

Drama ini agak kompleks dan membawa penonton ke dalam kuasa-kuasa psikik, latar belakang dan kisam silam yang perit penuh kegelapan dan juga kes-kes pembunuhan. Penonton perlu fokus menonton drama ini, terdapat hubung kait dalam setiap episod yang boleh terlepas pandang dengan mudah, dan ada kaitan dengan watak-watak utama. Sinematografi dalam drama ini dibuat dengan kemas yang mana tona warna dan suasananya sentiasa gelap, menimbulkan vibe yang seram menjelajah di keseluruhan aspek drama ini.

Terdapat juga seperti satu pesanan simbolik dalam drama ini yang memberitahu bahawa walaupun kita sudah menghapuskan syaitan/kuasa jahat tetapi kita sukar nak “menghapuskan” manusia yang berperangai memang semulajadi jahat yang mana luar nampak baik tapi dalamannya tidak lah sebaik seperti yang ditunjukkan. Manusia seperti ini lebih menakutkan dari Syaitan.

Rating Kakimuvee: 9/10

Related posts

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

Leave a Comment