Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Asia

Review Drama Korea: Six Flying Dragons (2016)

50 Episod (SBS)

Terkejut? inilah antara 2 drama (termasuk A Tree With Deep Roots) Shin Se Kyung aku tengok sampai habis. Dalam drama ni dia pelengkap cerita je. Bila watak dia keluar aku buat² sapu sampah, lastik burung, pancing ikan. Kakakaka. Yoo Ah In padu betul dalam drama ni. Lakonan dia sahaja dah banyak dapat mata dari aku.

Drama ini mengisahkan tentang permulaan asal pembentukan sebuah dinasti di Korea yang bernama ‘JOSEON’ dan “6 naga” yang berperanan dalam pembentukan negara baru. Ahli politik yang penuh dengan semangat, Jung Do Jeon (Kim Myung Min) ingin mengubah pemerintahan Goryeo yang telah “membusuk” dan ingin memulakan dinasti baru dan pemerintahan dengan Jeneral Yi Seong-Gye (Cheon Heo Jin) yang baik sebagai Maharaja.

Namun, terdapat anak lelaki Yi Seong-Gye, Yi Bang-Won (Yoo Ah In), yang paling berkait dengan impian Jung Do Jeon, dan yang juga akan menjadi saingan terbesar Jung Do Jeon. Pejuang yang berani, perisik yang berbakat, dan ahli politik yang bercita-cita bergabung bersama untuk menentang korupsi politik dan organisasi misteri yang berbahaya. Namun sikap Yi Bang-Won yang mempunyai satu keinginan yang kuat membawa garis pemisah yang mana dapat mengancam dan memusnahkan kelompok itu.

Drama ini 700 tahun setelah “The Great Queen Seon Deok”. Drama ini seperti prekuel dari drama “A Tree With Deep Roots” (2011). 2 drama ini dikerjakan oleh pasukan yang sama dan penulis yang sama. Drama ini dengan latar belakang epik dalam menggulingkan kerajaan lama, drama ini menyampaikan lebih daripada sekadar kisah politik mengenai perubahan dinasti tetapi perjalanan yang mengerikan dalam mencapai sasaran, penuh emosi dan sengketa. Terdapat banyak karakter bos dalam drama ini, yang berjuang sama ada dengan pedang, akal mereka, atau tenaga mereka.

Drama ini wajib ditonton oleh mereka yang menggemari drama berlatarkan sejarah/zaman dahulukala , dan yang suka dengan pertarungan aksi seni mempertahankan diri.

Rating Kakimuvee: 9/10

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Leave a Comment