Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Review Drama Korea: Signal (2016)


Signal (2016)
tvN, 16 Episod
Rating: 10/10

Bagi penggemar drama/filem berunsur detektif, penyiasatan, pembunuhan dan jenayah, ini beberapa sebab korang kena tengok drama Korea, Signal ni. Signal merupakan drama yang di luar jangkaan korang. Tak rugi kalau tengok dan rugi kot kalau tak tengok. Signal mengambil inspirasi dari filem Hollywood, Frequency (2000).

Cerita ini bermula apabila seorang pegawai polis yang bernama Park Hae Young (Lee Je Hoon) secara tidak sengaja terjumpa walkie-talkie lama milik pegawai polis bernama Lee Jae-han (Cho Jin Woong).

Sebenarnya tidak ada yang istimewa, hanyalah walkie-talkie lama yang rosak tetapi tiba-tiba berfungsi, dan kedengaran suara Lee Jae-han di hujung talian. Masalahnya, Hae Young berada pada tahun 2016 sementara Jae-han berada di tahun 1986.

Bersama-sama, mereka memecahkan, malahan mencegah jenayah terjadi dari permulaannya. Hal menjadi rumit ketika kes pembunuhan yang telah berlangsung lama dulu, mengancam untuk menggagalkan hubungan kerjasama di antara mereka berdua.


Ringkasan, drama Signal menggunakan elemen penjelajahan masa melalui walkie talkie yang mempengaruhi keseluruhan jalan cerita. Signal adalah drama detektif di mana Park Hae Young, seorang profiler bertemu dengan Cha Soo Hyun, ketua pasukan skuad polis dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang mustahil. Mereka menyelesaikan kes-kes jenayah yang tidak pernah diselesaikan bertahun-tahun yang lalu. Pada suatu hari, Park Hae Young (Lee Je Hoon) yang berada pada tahun 2016 menemui walkie talkie yang menghubungkannya dengan seorang polis, Lee Jae-han (Cho Jin Woong) yang berada pada tahun 1986.

Episod pertama je dah buat jantung korang berdebar-debar macam nak gugur kerana mereka terpaksa menyelesaikan kes yang tidak dapat diselesaikan tentang penculikan kanak-kanak dengan masa yang sangat terhad. Kes-kes yang disiarkan dalam drama ini adalah berdasarkan 10 kes pembunuhan sebenar (Park Chorong Chorong Bitnari Kidnapping, Seongsu Buaridge Collapse, Jo Se Hyung, Sinjeong-Dong Serial Murders) yang berlaku di Hwaseong, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.

Pelakon-pelakon utama drama ini adalah sangat luar biasa lakonannya. Meremang bulu roma apabila Park Hae Young (Lee Je Hoon) melontarkan kata-kata yang penuh emosi. Kim Hye-soo dan Cho Jin-woong tak payah pertikaikan lagilah mutu lakonannya, memang padu.

Dalam episod 9-10, watak-watak utama dalam drama ini menjayakan lakonan masing-masing dengan baik sekali semasa kejadian yang membuatkan penonton sendiri berasa gusar dan takut ketika menonton. Biasanya ada karakter yang lemah kan dalam kebanyakan drama? Tapi dalam drama Signal ni semua pelakon tak ada seorang pun yang “kayu”, malahan pelakon-pelakon yang membawa watak-watak jahat memang nampak sempurna sekali membawa karakter jahat tersebut.

Sudut dan pergerakan kamera dalam drama ini menangkap suasana dengan sempurna. Drama ini juga disunting sangat bagus dengan transisi dari masa sekarang ke masa lalu.

Malahan tidak ada satu episod pun yang gagal mengejutkan penonton. Ini jelas bukan tipikal drama detektif yang “oh dah agak dah”. Setiap episod membuatkan penonton terkesima dan terkejut serta membuatkan penonton mahukan lagi babak seterusnya. Unsur penjelajahan masa tidak melebihi mutu jalan cerita dalam menyelesaikan kes-kes, sebaliknya menambah kedalaman dan membentuk kisah menarik.

Meskipun, setiap episod berjalan sepanjang 70 minit, tidak terasa panjang sama sekali. Banyak aksi dan petunjuk baru ditemukan. Setiap episod terasa berjalan begitu cepat sehingga penonton tidak punya cukup waktu untuk pulih dari kejutan setelah sesuatu yang epik terungkap.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee