Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review Drama Korea: Ruler : Master Of The Mask (2017)


The Emperor : Owner Of The Mask/Ruler : Master Of The Mask (2017)
40 Episod (35 minit per episod, 2 episod ditayangkan terus menerus)

Sinopsis :

Berlatarkan Joseon abad ke-18, ia menceritakan kisah fiksyen Putera Mahkota Lee Sun (Yoo Seung-Ho) dan perjuangannya terhadap organisasi berkuasa dan mewah, Pyunsoo-hwe yang mengawal negara di sebalik tabir kerana memonopoli bekalan air negara. Maharaja dapat menempatkan posisinya sebagai Raja kerana dibantu oleh organisasi Pyunsoo itu. Sebagai ganjarannya, Maharaja haruslah setia pada kelompok organisasi Pyunsoo dan segala urusan istana dikawal ketat oleh organisasi itu, Maharaja sebagai boneka sahaja.

Maharaja tak ingin anaknya mengalami nasib yang sama sepertinya, maka Maharaja menyuruh anaknya itu memakai topeng sepanjang masa sehinggakan tiada siapa yang tahu wajah sebenarnya dan maharaja mencari seorang budak lelaki bernama sama seperti anaknya, Lee Sun, untuk menjalani ritual menjadi Putera Mahkota.

Namun terjadilah sebuah peristiwa sehingga Maharaja dibunuh, Putera Mahkota sebenar disangka mati dan “Putera Mahkota” palsu (L Infinite) sudah pun menjalani ritual sebagai Putera Mahkota dijadikan Maharaja boneka oleh Pyunsoo. Putera Mahkota sebenar yang masih hidup akhirnya menjadi pedagang untuk mengumpulkan kekuataan dan mencari kelemahan Pyunsoo untuk menggulingkannya.


Ulasan :

Drama ini mempunya permulaan cerita yang menarik dan perkembangan konflik yang kuat. Awal-awal cerita sudah membangkitkan rasa ingin tahu penonton tentang selok belok organisasi kumpulan Pyunsoo, hubungannya dengan kerajaan istana dan juga mengenai nasib Putera Mahkota yang harus memakai topeng.

Owner Of The Mask mencerminkan masyarakat. Tidak seperti beberapa drama dahulukala lain yang lebih tertumpu kepada kehidupan di dalam istana atau perjuangan untuk kuasa antara golongan istana.

Drama ini adalah seimbang menceritakan di antara golongan masyarakat berpengaruh, kaya raya dan tinggi darjatnya dan golongan miskin yang dipandang hina darjatnya di dalam hierarki masyarakat. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh membuatkan cerita dan plot drama ini berkembang dengan menarik.

Layan free dekat sini – https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-the_emperor_owner_of_the_mask-playlist-24655366


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee