ReviewSlot Asia

Review Drama Korea: Memories Of The Alhambra (2018-2019)

View

Akhirnya selepas beberapa purnama, aku persembahkan ke korang ulasan drama MOA ni. Mula-mula rasa sebal dekat hati bila tengok penamat drama ni gitu, tapi bila terbayang Hyun Bin dan kegigihan aku suscribe Netflix (suscribe tidak gratis guys) time drama ni bersiaran, aku fikir positif,

Mengisahkan seorang CEO Syarikat Pelaburan, Yoo Jin Woo (Hyun Bin) yang datang ke Barcelona Sepanyol, atas urusan bisnes. Suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali dengan tujuan untuk menjual hasil kerjanya iaitu permainan yang menggunakan teknologi Augmented Reality (Realiti Maya Tambahan). Pembuat permainan itu dilakonkan oleh Park Chanyeol yang membawa watak Jung Se Joo.

Namun, suatu insiden terjadi yang menyebabkan Yoo jin woo harus mencari dimana pembuat game tersebut berada dan mencari maklumat di Hostel Bonita yang diuruskan oleh Jung Hee Joo (Park Shin Hye) yang merupakan kakak kepada Jung Se Joo yang tinggal di Granada, Sepanyol.

Selain itu, Yoo Jin Woo harus berhadapan dengan musuh merangkap bekas sahabatnya yang mengkhianatinya, Cha Hyung Seok (Park Hoon) yang sama-sama bercita-cita untuk mendapatkan game tersebut.

BACA:  Saksikan Poster Karakter “Love Alarm” Yang Menampilkan Kim So Hyun, Song Kang, & Jung Ga Ram

Drama ini lebih menumpu kepada kisah penceritaan tentang Yoo Jin Woo, manakala watak-watak lain hanya sekadar sampingan sahaja untuk melengkapkan penceritaan. Kredit harus diberikan kepada Hyun Bin kerana membawa wataknya dengan bersungguh-sungguh seperti karakternya Zinu dalam game tersebut, macam main game betul-betul, Hyun Bin betul-betul menyesuaikan dirinya selaras dengan karakter/watak yang dibawanya dalam drama ini. Dengan menggunakan pandangan mata, emosi dan reaksi wajah serta tubuh, Hyun Bin menghidupkan lakonannya.

Kisah percintaan yang diwujudkan antara Jin Woo dan Hee Joo seperti hanya pinggiran sahaja. Watak Park Shin Hye pun sekadar watak tempelan sahaja dalam drama ini. Wataknya sebagai NPC Emma lebih menyerlah, banyak persoalan tentang Emma yang tidak terjawab dalam drama ini.

Plot yang dibentangkan dalam drama ini sangat susah nak terima akal, walaupun game AR itu sendiri sangat menarik untuk disaksikan, penonton tidak boleh meneka apa yang akan terjadi dan menimbulkan banyak pertanyaan serta spekulasi.

Konsep drama ini fantastik, tetapi dah nak hujung-hujung episod tu, agak tak teliti dan agak gopoh penceritaanya. Banyak ‘plot holes’ yang tidak dijelaskan.

BACA:  Review Filem Winchester

Ramai yang tidak berpuas hati dengan penamat drama ini. Mungkin penulis skrip cuba untuk menjadi kreatif dengan membuat penghujungnya bukan seperti drama Korea yang penonton biasa lihat. Tetapi penulis ini juga telah menimbulkan caci maki penonton dengan pengakhirannya seperti ‘open ending’, yang membingungkan penonton, so konklusinya anggap je Jin Woo tu bug yang terperangkap dalam game tu dan hanya Hee Joo yang mampu selamatkannya lepastu Hee Joo pulak jadi bug dan Jin Woo pulak nak selamatkan dia, harap ada musim 2.

BTW, suka adegan mendebarkan bila zombie Doktor Cha keluar dengan lagu latarnya sambil diselangi dengan bunyi petir. Cian Zinu.

16 Episod (tvN, Netflix)

Rating Kakimuvee: 8/10

Tinggalkan Balasan

shares