Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review Drama Korea Love In The Moonlight (2016)


Tajuk Drama: Love In The Moonlight / Moonlight Drawn By Clouds (2016)
Jumlah Episode: 18 Episod

Sinopsis :

Drama berlatarkan zaman dinasti Joseon ini mengisahkan tentang seorang gadis, Hong Ra On (Kim You Jung) yang berpura-pura menjadi seorang lelaki dengan menggunakan nama Hong Sam Nom kerana sebab tertentu. Dia juga seorang “doktor cinta”.

Hong Ra On telah dijual kepada pengutip hutang untuk menjadi sida-sida ke istana dan di mana dia menjadi rapat dengan Putera Mahkota Hyomyeong (Park Bo Gum). Pada mulanya Putera Mahkota itu fikir dia mempunyai perasaan kepada lelaki tetapi apabila dia tahu bahawa Hong Sam Nom sebenarnya seorang gadis (Hong Ra On) dia merebut peluang itu untuk meluahkan perasaan kepadanya. Pada mulanya hubungan mereka telah berjalan dengan lancar, tetapi kemudian mereka mengetahui bahawa cinta mereka adalah mustahil selain perbezaan darjat, Hong Ra On adalah anak pengkhianat/pemberontak istana.

Ulasan :

Berdasarkan novel/webtoon popular yang diletak secara online di laman web Naver. Selain daripada pembangunan plot yang menarik, alur cerita dalam drama ini bergerak dengan agak pantas, walaupun ada sesetengah babak yang agak meleret tetapi tidak terlalu lama. Walau bagaimanapun, drama ini agak klise seperti drama Korea “penipuan/penyamaran jantina” yang lain dan jalan ceritanya agak mudah diramalkan.

Selain kisah cinta watak utama dan kisah identity rahsia yang menarik untuk disaksikan, drama ini juga melibatkan kisah politik Istana walaupun tidak terlalu dominan, tentang orang-orang Istana yang korup yang berkuasa di dalam istana diraja dan kerabat diraja yang bimbang tentang siapa yang akan menaiki takhta sebagai Maharaja. Drama ini mempunyai “plot twist” di beberapa episod, dan itu juga merupakan salah satu penyebab (selain Park Bo Gum) yang akan memastikan penonton menonton drama ini sehingga episod akhir. Drama ini mendapat rating yang agak tinggi juga ketika bersiaran.


Layan free dekat sini <– klik pautan


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee