Review Drama Korea: Kingdom (2019)

0
86
views

Kingdom (2019)
6 Episod

Drama ini berlatarkan zaman Joseon, zaman pertengahan di Korea, seorang menteri bercita-cita tinggi yang mahu mengambil alih takhta, "menyimpan" raja yang sakit yang nampaknya telah mengubahnya menjadi zombie.

Menteri tersebut menyimpan rahsia ini dari semua orang, hanya permaisuri yang mengetahui tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, anak raja, putera mahkota cuba untuk mengungkap rahsia itu. Putera mahkota mencari doktor yang merawat bapanya (raja) dan mendedahkan kebenarannya.

Disebabkan satu peristiwa yang mengejutkan, wabak zombie tersebar, dan putera mahkota cuba untuk memikirkan bagaimana cara untuk memperbaiki seluruh keadaan yang huru-hara ini walaupun ketika itu dia akan kehilangan "jawatannya" sebagai pewaris akibat komplot menteri dan politik istana.

Pada mulanya watak Putera Mahkota dilaporkan dibawa oleh Song Joong Ki, tetapi oleh kerana sibuk dengan persiapan perkahwinannya dengan Song Hye Kyo pada waktu itu, Song Joong Ki terpaksa menolak tawaran lakonan ini dan diganti dengan Joo Ji Hoon (Alhamdulillah). Joo Ji Hoon membawa watak sebagai Putera Mahkota dalam drama ini dengan cemerlang sekali.

Drama ini penuh dengan adegan aksi, thriller dan ketegangan (termasuk adegan mengerikan). Walaupun ianya agak mengambil masa untuk memperkenalkan kesemua watak dan latar belakang kisah mereka, dan agak "slow burn" sedikit tetapi tetap tidak menghampakan. Terdapat banyak kelainan, beberapa di antara babak dalam drama ini boleh dijangka tetapi sesetengahnya benar-benar mengejutkan dengan "twist" yang tidak disangka-sangka terutamanya dalam episod terakhir.

Sinematografi dalam drama ini sangat mengagumkan dan lakonan para pelakon dan zombie rata-ratanya membawa watak-watak dengan berkesan. Visual paparan zombie begitu "on-point", mereka benar-benar menakutkan (lebih bagus dari Train To Busan dan Rampant) dan ada unsur-unsur seperti filem The Flu.

Walaupun lakonan keseluruhan para pelakon agak begitu baik, penonton tidak melihat banyak perkembangan karakter selain putera mahkota, beberapa watak lain masih misteri, tetapi secara jujurnya, agak kecewa dengan watak Bae Doo Na, sebab seperti sediamaklum Bae Doona merupakan pelakon yang sangat versatile, tetapi dalam drama ini dia seolah-olah tidak sepenuhnya menghidupkan lakonannya. Tetapi, walau apapun penonton akan mendapat musim kedua yang akan ditayang pada Januari 2020 untuk lebih lagi penceritaan dan pendedahan yang tidak terungkap dalam musim pertama drama Kingdom.

Rating Kakimuvee: 9/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here