I Can Hear Your Voice (2013)
18 Episod
Sinopsis :
Setelah mengatasi kemiskinan dan masa kecil yang sukar, Jang Hye-sung (Lee Bo Young) menjadi peguam bela awam, tetapi kerjayanya sangat menyedihkan. Hidupnya berubah ketika dia bertemu Park Soo-ha (Lee Jong Suk), seorang pelajar sekolah menengah dengan kebolehan membaca fikiran orang lain dengan melihat ke dalam mata mereka. Soo-ha memperolehi kebolehannya setelah menyaksikan ayahnya dibunuh sepuluh tahun sebelumnya.
Kematian ayahnya pada mulanya telah dianggap sebagai kemalangan jalanrya sehinggalah Hye-sung, yang ketika itu seorang pelajar sekolah menengah, menjadi saksi kejadian itu dan membawanya ke muka pengadilan meskipun ada ancaman dari pembunuh, dan Soo-ha telah mencarinya sejak itu.
Manakala, penjenayah/pembunuh, yang dibebaskan dari penjara dan mengekori di mana Hye-sung berada daningin membalas dendam.
_________________________________
Review
Drama ini agak tegang dan mendebarkan, dengan sedikit kisah percintaan (noona dan dongsaeng), pembunuhan, banyak hukuman undang-undang yang agak menarik dan fantasi melibatkan kebolehan āsupernaturalā.
Drama ini juga membawa sisi kelam dari sebuah pembalasan dendam yang sebenarnya bermotifkan kehilangan orang yang tersayang dan sebuah penjelasan dari kebenaran yang diciptakan oleh sebuah sistem undang-undang.
Drama ini juga sangat mendidik dengan menyerapkan beberapa istilah/perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang yang berguna dan terdapat juga nilai kehidupan di dalamnya yang patut dicontohi dan boleh dijadikan falsafah dalam hidup.
Krakter-karakter dalam drama ini dilakonkan dengan baik. Dilihat dari pelbagai kes dan masalah yang hampir kesemuanya melibatkan beberapa watak dari watak utama dan sampingan dari drama ini.
Oleh itu, penonton tidak perlu mengingati setiap watak yang muncul untuk setiap kes dan masalah yang wujud. Kerana kes-kes yang wujud antara satu sama lain adalah saling berkaitan dan mewujudkan satu rangkaian yang akhirnya menghubungkan kepada masalah utama.
Layan free dekat sini-Ā https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-i_hear_your_voice-playlist-21988467