Slot Asia

Review Drama Korea – Familiar Wife

Views

Review drama Korea, Familiar Waifu
16 Episod
8.5/10

Drama fantasi bertemakan alam perkahwinan lakonan Ji Sung dan Han Ji Min. Drama ini seeloknya ditonton oleh pasangan berkahwin mahupun pasangan yang dalam proses hendak berkahwin kerana ada tauladan yang berguna di dalamnya. Drama ini mengisahkan tentang Cha Joo Hyuk (Ji Sung) seorang lelaki yang telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Seo Woo Jin (Han Ji Min) dan mempunyai dua orang anak, semenjak berkahwin dengan Woo Jin, dirinya merasa tidak pernah bahagia kerana tertekan dengan sikap isterinya yang dianggap sudah berubah sejak berkahwin, Woo Jin menjadi sangat pemarah tidak pernah mengambil berat dan peduli tentang Joo Hyuk.

Joo Hyuk yang dihimpit dengan permasalahan kehidupan rumah tangganya mengakibatkannya tidak dapat fokus dengan pekerjaannya, sehingga satu tahap Joo Hyuk merasa menyesal berkahwin dengan Woo Jin. Pada suatu hari secara kebetulan, Joo Hyuk bertemu dengan Lee Hye Won (Kang Ha Na), cinta pertamanya. Joo Hyuk automatik terus teringat masa lalunya di mana sepatutnya dia bertemu dengan Hye Won tetapi sebaliknya menyelamatkan Woo Jin dari gangguan seksual dan perkara itu memulakan detik hubungan di antara Joo Hyuk dan Woo Jin sehingga ke gerbang perkahwinan.

Sehinggalah pada suatu hari ketika dirinya berada di dalam keretapi, Joo Hyuk bertemu dengan seorang lelaki tua yang memberikannya dua keping duit syiling kepada Joo Hyuk dan semenjak itu Joo Hyuk dapat kembali ke masa lalunya dan mengubah kehidupannya bersama Woo Jin. Joo Hyuk kembali ke tahun 2006 dan mengubah takdirnya, dia memilih untuk bertemu Hye Won dan mengabaikan Woo Jin. Apabila dia tersedar dari tidur, semuanya sudah berubah. Jodohnya berubah, isterinya pada tahun 2018 bukan Woo Jin tetapi Hye Won

BACA:  Choi Jin Hyuk & Park Ju Hyun Bintangi Drama Terbaru Berjudul ZOMBIE DETECTIVE

Kalau dilihat dari permulaan, drama ini mirip drama Go Back Couple, tetapi setelah menyelami drama ini ternyata tidak langsung sama dengan drama Go Back Couple, penggarapan jalan ceritanya berbeza. Drama yang sarat dengan pengajaran ini, membawa penonton ke dalam garis masa terkini dan masa lampau, tapi tidak ada peningnya pun nak fahamkan. Perubahan garis masa yang ditunjuk mudah dihadam dan sempurna sekali gaya penceritaannya. Cuma ada sedikitlah “plotholes” yang tidak dijelaskan secara menerus, tetapi boleh difahami apa yang cuba disampaikan dan ditonjolkan walaupun agak tersirat, tetapi boleh ditafsir sendiri, Inshallah korang boleh guna akal tu dengan baik, kakakakaka.

Keserasian antara Ji Sung dan Han Ji Min sangat sepadan, tak payah pertikaikan lah lakonan Ji Sung dan Han Ji Min, memang jitu dan tidak dilupa kesemua pelakon sangat bagus menjiwai watak mereka, kudos kepada pengarah dan penulis skrip yang mempersiapkan drama terbaik ini untuk tontonan. Drama ini ada 3 garis masa, garis masa di waktu kehidupan Joo Hyuk tidak stabil dengan masalah isterinya Woo Jin, garis masa kedua ketika Joo Hyuk mengubah takdirnya dan isterinya ialah Hye Won, garis masa ketiga apabila Joo Hyuk dan Woo Jin sama sama mengubah takdir mereka.

Penonton pada mulanya akan membenci watak yang di bawa Ji Sung, seorang lelaki yang tidak mempunyai kemajuan dalam kerjayanya dan meletak kesalahan kepada isterinya dan dipaparkan sebagai seorang suami taguna yang membuat pilihan untuk kepentingan diri sendiri. Tetapi selepas pilihan dibuat, penonton akan bersimpati dan kemungkinan juga mengucapkan “padan muka kau!” kepada Joo Hyuk kerana kehidupan yang dipilihnya tidaklah seindah yang diharapkan dan dia menyesal dengan mengubah takdir hidupnya tetapi semua sudah terlambat dan dia harus telan segala-galanya.

BACA:  Saksikan Teaser Sekuel STEEL RAIN Yang Menampilkan Jung Woo Sung & Yoo Yeon Seok

Secara konklusinya, drama ini tentang refleksi diri, kita salahkan orang lain di atas segala perkara buruk yang menimpa kita, tetapi apakah kita yakin tindakannya itu bukan disebabkan oleh diri kita sendiri? Apa yang ditonjolkan dalam drama ini tentang hubungan suami isteri ialah suami dan isteri harus menghargai dan memahami antara satu sama lain, muhasabah diri sendiri, berkerjasama, tolak ansur, bersyukur dan yang paling penting komunikasi dua hala itu sangat penting tapi bukan dengan jeritan atau pertengkaran.

Tonton percuma disini -> Familiar Wife (viu)

Tinggalkan Balasan

shares