Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Review Drama Korea: Bad Guys (2014)


Drama ini mengisahkan tentang tingginya kadar jenayah di bandar Seoul. Polis dianggap tidak mampu memecahkan kes-kes jenayah yang berleluasa terjadi, khususnya kes pembunuh bersiri.

Pada permulaan episod diceritakan mengenai kematian anak kepada seorang detektif yang diberi gelaran Mad Dog, anaknya dibunuh ketika dia sedang bertugas menangkap suspek pembunuh bersiri tersebut. Masyarakat semakin tidak percaya terhadap polis dan jenayah semakin meningkat setiap hari.

Perkara tersebut membuatkan Detektif Mad Dog menubuhkan Pasukan Penyiasatan Khas secara rahsia, yang tugasnya membantu memecahkan kes-kes jenayah yang tidak mampu diselesaikan oleh polis. Terutama kes pembunuhan bersiri yang menyebabkan detektif itu kehilangan anaknya.

Uniknya, Pasukan Penyiasatan Khas Rahsia ini bukan seperti pasukan lain pada umumnya. Pasukan Khas ini diketuai Detektif Mad Dog yang agak panas baran, dan 3 orang penjenayah berbahaya yang terdiri dari pembunuh upahan, gangster dan pembunuh psikopat.

Drama Bad Guys merupakan drama bersiri yang mempunyai episod yang pendek tetapi kemas dan memberi impak yang cukup besar.


Drama ini agak teliti disusun gerakannya dan digambarkan dengan agak teratur tanpa perlu di pusing-pusing kan jalan ceritanya. Bad Guys cukup mudah dapat dihadam oleh penonton. Tambahan para pelakon yang dipilih sangat tepat membawa peranan masing-masing untuk menyempurnakan satu premis yang menarik diikuti.

4 watak utama mempersembahkan lakonan mereka sesuai dengan karakter. Setiap ahli Pasukan Mad Dogs kelihatan bad ass dengan cara mereka sendiri. Backstory setiap karakter, ditunjuk dengan cara yang memudahkan untuk penonton fahami. Babak pergaduhan terasa organik dengan pengolahan cerita dan karakternya, dan dilaksanakan dengan baik dan cukup seronok untuk disaksikan.

Walaupun drama ini penuh dengan aksi dan agak padat alunan penceritaannya, tetapi ada sesetengah babak diselitkan dengan unsur dramatik yang sesetengahnya agak bersesuaian dan ada juga yang tak perlu pun nak dramatik sangat. Apapun drama ini sangat berbaloi untuk ditonton.

Jumlah Episod: 11 Episod

Rating Kakimuvee: 8/10


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee