Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Asia

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Sebenarnya, saya mula tertarik dengan The Way of the Househusband selepas menonton anime nya di Netflix. Tetapi selepas dicadangkan oleh pengikut Kakimuvee dan peminat anime, saya mula menonton drama Jepun Gokushufudo, siri live-action The Way of Househusband. Sehingga ulasan ini ditulis, saya telah menonton siri ini beberapa kali, dan mungkin akan mengulang tonton sekiranya berkelapangan.

Seperti manga dan anime, siri Gokushufudo menceritakan kehidupan bekas Yakuza, Tatsu dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang ‘sura’ rumahtangga sepenuh masa. Cuma untuk versi live-action, kisah lebih meluas, lebih salah faham dan boleh dikatakan agak menghiburkan. 

Siri ini memiliki sepuluh episod dengan setiap episod berdurasi sekitar 45 minit. Setiap episod mempunyai cerita dan salah fahamnya tersendiri, dari menyangka keluarga Tatsu mengalami masalah wang hinggalah rakan-rakan Yakuza Tatsu menyangka dia ingin kembali kedunia gelap sebelum dia mendirikan rumah tangga. Lapan episod pertama sangat menghiburkan, dan banyak adegan yang memorable, yang lucu dan kadang-kala turut membuatkan anda tertipu dengan salah faham yang berlaku. 

Episod awal sememangnya lebih menjurus kepada komedi, tetapi 2 episod terakhir, nada siri ini berubah, lebih kepada dramatik dan emosional. Secara peribadi, saya sangat menyukai dua episod terakhir kerana ia memaparkan klimaks hubungan kekeluargaan dan orang-orang disekeliling Tatsu, terutamanya rakan-rakannya.

Bagi saya, episod-episod awal Gokushufudo berjaya mengembangkan karakter-karakter dalam cerita siri ini. Walaupun setiap episod memiliki jalan cerita yang mampu berdiri sendiri, ia berjaya mencipta suasana emosional pada dua episod terakhir sehingga membuatkan hati saya tersentuh. Setiap karakter dalam siri ini banyak membantu mengembangkan karakter watak utama, dan hubungan mereka telah mencipta satu ikatan yang mana ia akan dirumuskan pada episod terakhir. 

Bercakap soal karakter, saya bukan sahaja fokus pada Tatsu, tetapi juga pada setiap karakter, baik Presiden Kelab Wanita, sehinggalah ketua Yakuza yang memusuhi Tatsu. Masing-masing mempunyai ragamnya sendiri dan reaksi mereka apabila bertemu dengan Tatsu, seorang Yakuza legenda yang sangat ditakuti. Setiap perbuatan Tatsu pasti menimbulkan syak wasangka dan salah faham sehingga menjurus kepada telatah lucu mereka. 

Disebalik menceritakan kehidupan ‘sura’ rumahtangga Tatsu, ia turut menyelitkan sedikit konflik yang dihadapi isterinya Miku, yang berkahwin dengan bekas Yakuza, serta kisah romantik Masa yang meminati seorang gadis yang berkerja di kedai kafe. Selingan kisah mereka mempelbagaikan cerita Gokushufudo dan menjadikan siri ini lebih menarik. 

Apa yang bagusnya tentang Gokushufudo, ia mampu memberi inspirasi kepada golongan lelaki yang sudah berumahtangga, untuk menjadi seperti Tatsu, yang sanggup melakukan apa sahaja, dari memasak, membasuh dan sebagainya demi keluarganya. Kita mungkin anggap siri ini sebagai hiburan, tetapi tidak salah untuk mengikut dan mempraktikan tanggungjawab yang dilakukan Tatsu, agar kita menjadi suami yang baik. 

Secara keseluruhannya, Gokushufudo adalah sebuah siri live-action yang menjadi dan sangat menghiburkan. Walaupun visual, kesan khas, kualiti gambar dan sinematografinya nampak murahan, siri ini berjaya menyampaikan teras utama dalam sesebuah drama iaitu cerita, lakonan, karakter dan penyampaian emosianal serta hiburan. Kepada peminat J-dorama, saya cadangkan anda menonton siri ini, sangat-sangat berbaloi dan pasti membuatkan anda tertawa serta terhibur. 

Rating Kakimuvee

4.5/5

Related posts

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

Leave a Comment