Review Danur 2: Maddah

0
748
views

Tidak dinafikan, filem seram dari negara seberang semakin maju dan berkualiti berbanding dengan negara kita. Konsep yang mereka bawakan pun saya lihat semakin berubah dan menghampiri konsep dibawa filem-filem seram dari Jepun dan Hollywood, baik dari segi penceritaannya, elemen-elemen seram, 'jump scare', entiti hantu dan teknik sinematografinya.

Terbaru, saya berpeluang menonton filem Danur 2: Maddah yang telah ditayangkan dipawagam tempatan sejak pada minggu yang lalu. Sekuel kepada filem Danur: I Can See Ghosts ini menyaksikan Prilly Latuconsina kembali membawakan wataknya sebagai Risa Saraswati dan sutradara Awi Suryadi.

Berkesinambungan dari filem pertama, Danur 2: Maddah menyaksikan Risa dan adiknya Riri tinggal berduaan kerana kedua ibu bapanya telah pergi keluar negeri. Risa yang mempunyai kelebihan melihat hantu mendapati rakan-rakan hantunya iaitu Peter, William dan Jhansen membawa teman mereka iaitu Hendrick dan Hans tinggal dirumah Risa. Sementara itu, keluarga Ahmad iaitu pakciknya telah berpindah ke Bandung dan Risa sering melawat keluarga pakciknya itu. Namun sesuatu yang tidak kena berlaku apabila pakciknya mula berubah dan keluarga Ahmad mengalamai kejadian-kejadian pelik. Risa kemudiannya tinggal sementara di rumah pakcik atas permintaan sepupunya Angki dan mula mendapat terdapat entiti jahat yang telah merasuki pakciknya dan menganggu keluarga tersebut.

Dari segi teknikal, Danur 2: Maddah memberikan 'shoot' yang sangat kemas serta tona warna dan mood yang agak suram. Selain itu juga, musik latar yang mendayu dan perlahan turut membantu menaikkan suasana seram apabila menonton filem ini. Cuma terdapat babak 'jump-scare' yang saya anggap murahan dengan tujuan untuk mengejutkan penonton tanpa sebab. Hantunya juga agak menyeramkan juga, walaupun tidak begitu mendedahkan wajahnya, susuk tubuhnya yang tiba-tiba muncul di sebalik cermin dan sebagai mampu membuat bulu roma meremang - teringat saya dengan hantu dalam filem Insidious 2..

Perjalanan filem ini boleh dikatakan agak perlahan dan tenang, penonton perlu fokus untuk menonton filem ini, jika tidak pasti akan tertidur. Plot filem juga tidak begitu rumit, cuma jika penonton tidak pernah menonton filem pertama, pasti akan tertanya-tanya apa kaitannya hantu kanak-kanak dengan filem ini.

Diawal perjalanan sehinggalah dipertengahan cerita bagi saya sangat cantik. Plotnya berjalan seiringan dengan mood filem, tetapi sayangnya, 10 minit terakhir Danur 2 telah merosakkan segala-galanya. Babak kemuncaknya tidak begitu menarik dan dramatik, malah twist yang cuba dihasilkan tidak begitu memberi kejutan dan tidak mengujakan.

Dari segi lakonan, Prilly Latuconsina memberikan satu kualiti lakonan yang cukup baik dan memuaskan. Shawn Adrian Khulafa yang membawakan watak Angki juga berjaya mencuri perhatian saya dengan kualiti lakonannya baik. Cuma beberapa watak utama yang lain tidak begitu menonjol, mungkin kerana 'screentime' mereka yang cukup singkat.

Secara keseluruhannya, Danur 2: Maddah merupakan filem seram yang agak menarik untuk ditonton. Dari segi teknikal, filem ini berjaya membangkitkan perasaan seram kepada penonton, cuma penamatnya membuat kita merasa sedikit kecewa.

Rating Kakimuvee: 6.5/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here