Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Tempatan

Review: Bikin Filem (2020)

Sebagai seorang pengulas filem, saya akui untuk hasilkan sesebuah karya itu bukan semudah yang disangka. Banyak halangan yang perlu ditempuh, tetapi pasukan produksi filem tetap berusaha untuk menyiapkan filem demi penonton. Jadi, untuk menunjukkan betapa susahnya menghasilkan filem, pengarah Latiff Zami tampil dengan karya terbaru berjudul Bikin Filem. 

Melihat pada barisan pelakonnya yang terdiri daripada Scha Al-Yahya, Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah, Ammerul Affendi, Azhan Rani, Azhar Sulaiman, Mark Adam dan Zain Hamid, saya menjangkakan filem ini akan memberikan hiburan kepada penonton, dan jangkaan saya tepat, Bikin Filem sebuah filem komedi yang berjaya menghiburkan saya. 

Bikin Filem berkisarkan tentang Rahim G (Azhan Rani) yang diminta oleh Kathy (Sherry Alhadad) untuk hasilkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas. Bagaimanapun, Rahim G tidak gemar dengan skrip yang diberikan, dan menghasilkan filem mengikutkan caranya sendiri. Pelbagai cabaran perlu dihadapi pasukan produksi dan pelakon untuk menjayakan filem sehinggakan berlaku beberapa pekara yang mengelikan hati. 

Penceritaannya banyak ditumpukan semasa di set penggambaran dimana penonton boleh melihat pelbagai telatah lucu ketika mereka sedang merakamkan satu-satu babak. Ia bukan sahaja memberi gambaran bagaimana sesebuah filem itu dihasilkan, malah menggambarkan pelbagai karenah krew filem, dari pengarah sehinggalah ‘budak buat air’. Bagi saya, apa yang disampaikan sangat fresh dan unik, kerana kita dapat melihat suasana di belakang tabir, tetapi dalam bentuk komedi. 

Walaupun dibarisi banyak pelakon, hanya watak lakonan Azhan Rani, Ammerul Affendi dan Sharifah Sakinan yang mendominasi ‘screentime’. Watak Azhar Sulaiman dan Sherry Alhadad juga antara yang diberi lebih masa di skrin, Mark Adam, Zami Hamid kadang-kala mencelah dengan kata-kata yang menujuk kalbu – mengkritik pelakon dan industri.

Scha Al-Yahya, Erra Fazira dan Roy Azman muncul hanya sebentar, dan pelakon-pelakon lain seperti Kodi Rasheed dan Kamarool Yusof pun sama, sekadar cameo. Namun, setiap pelakon berjaya membawa watak mereka dengan jaya sekali, dan paling saya terhibur, watak pengarah seni Azhar Sulaiman dan penolong pengarah Ammerul Affendi, kedua-dua mereka berjaya mencuri tumpuan saya. 

Disebalik gambaran semasa produksi dan telatah lucu pengarah, krew dan barisan pelakon, Bikin Filem secara tidak langsung memberi sindiran terhadap filem-filem Melayu khususnya tentang pemilihan pelakon berdasarkan populariti, lakonan yang stereotaip dan gaya hidup orang-orang industri. Dialog Erra Fazira juga memberikan satu pekara yang boleh difikirkan penonton – iaitu kenapa filem-filem Melayu tidak seperti dulu, makin jatuh kualitinya. Pendek kata, filem ini bukan sahaja mahu menujukkan kesusahan menghasilkan karya kepada penonton, malah menyindir industri agar dapat menghasilkan satu karya yang berkualiti seperti karya-karya allahyarham P. Ramlee. 

Apa yang saya kurang puas hati tentang filem adalah durasinya yang terlampau pendek, 1 jam 10 mini. Saya tidak puas menontonnya, dan sepatutnya filem ini boleh dipanjangkan lagi sambil memberi lebih banyak suasana belakang tabir produksi. Bagi saya 60 minit pertama sangat menghiburkan, tetapi tidak puas. ‘Third act’ Bikin Filem bagi saya ok, cuma komedinya di’twist’ ke drama, banyak babak yang cringe dan tiba-tiba ada sinar harapan dikala berputus asa – standard filem-filem melayu. 

Secara keseluruhannya, Bikin Filem boleh dimasukkan dalam senarai top 5 filem terbaik Kakimuvee tahun ini. Kekuatannya terletak pada barisan pelakon yang hebat (walaupun tidak banyak pelakon terkenal muncul sepanjang perjalanan filem) dan komedinya yang santai. Yang penting sekali, filem ini bukan sahaja membuka mata kepada penonton tentang kerja-kerja dibelakang tabir, malah turut membuka mata para pembikin filem untuk hasilkan filem yang berkualiti dan memilih pelakon berdasarkan merit bukan populariti.

RATING KAKIMUVEE: 8/10

Bikin Filem boleh ditonton di saluran Astro First 480

Related posts

Mawi Kembali Dengan Filem Terbaru Berjudul “Hantu Kuat Ketawa”

Kakimuvee

Projek Sekuel “Ejen Ali The Movie” Telah Bermula!

Kakimuvee

Review Filem: The Call (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mosul (2020)

Kakimuvee

Viu Dedah Poster Pertama “Keluarga Baha Don” Musim Kedua

Kakimuvee

Sharnaaz Ahmad Kembali Ke VIU Dalam Siri Komedi Terbaru “Isteri Misteri”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating