Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Assassin’s Creed Terima Review Negatif?

assassins-creed-film-header-1280jpg-685176_1280w

Sebelum ini, kami ada berkongsi pendapat kamiĀ mengenai kegagalan filem-filem yang berdasarkan dari permainan video dan harapan kami terhadap filem terbaru yang berasaskan dari permainan video iaitu Assassin’s Creed. Kali ini, kami ingin kongsikan reveiw-review awal yang diterima dari penonton yang telah menonton filem ini.

Bagi yang tidak tahu, Assassin’s Creed adalah salah satu permainan video popular keluaran Ubisoft dan kerjasama antara pengeluar permainan video dengan beberapa produksi filem sepertiĀ Regency Enterprises dan 20th Century Fox, mereka menghasilkan filem berjudul Assassin’s Creed.

Filem iniĀ diarahkan oleh Justin Kurzel dan dibintangi olehĀ Michael Fassbender (yang juga penerbit filem ini), Marion Cotillard, Jeremy Irons dan ramai lagi.Ā 

Walaupun tayangannya pada 21 Disember 2016, filem ini mula mendapat review awal dari peminat – peminatĀ yang telah menontonnya dalamĀ tayangan premierĀ pada 13 Disember yang lepas.Ā 

Sebelum itu, kami kongsikan sinopsis filem ini:

Menceritakan tentang seorang pelayan bar yang telah ditangkap oleh sebuah organisasi besar dan telah dipaksa memasuki ke dalam sebuah mesin yang digelar “The Animus”. Setelah dimasukkan ke dalam mesin ini, dia boleh mengimbas kembali memori kehidupan nenek moyangnya yang kebanyakan daripada mereka adalah pembunuh. Pelayan bar tersebut dipaksa untuk mengambil sebuah artifak yang mempunyai kuasa dan merbahaya.

assassins-creed-bleeding-effect

Antara review yang kami baca dari laman hiburan mengenai filem ini:

“You can have stunning visuals, promising source material and a fantastic ensemble, but all of that is going to cave under the pressure created by a complete lack of access to the characters. The big screen adaptation ofĀ Assassin’s CreedĀ had a lot going for it and even finds a great deal of success on the technical front, but when you couldn’t care less if the characters live or die, the movie is dead in the water.” –Ā Collider – Perri Nemiroff

Kebanyakkan laman-laman hiburan menyifatkan aksi-aksi hebat dalam filemĀ Assassin’s Creed tidak mampu menutup kelemahan plot filem ini. Malah dalam laman Rottentomatoes.com, beberapa penonton memberitahu plot filem ini sangat mengelirukan dan membosankan. Rating di IMDb untuk filem ini sangat tinggi iaitu 8.9/10, tetapi di laman rottentoamties.com, filem ini hanya mendapat rating yang sangat rendah setakat, iaitu hanya 15%. Sesuatu yang tidak baik untuk filem yang berasaskan dari permainan video ini.

Anda boleh baca lain-lain review awal Assasin’s Creed disini

Walaupunbegitu, rata-rata memuji aksi-aksi yang ada dalam filem ini terutamanya karakter yang dibawa olehĀ Michael Fassbender.

Cuma kelemahan plot filem seperti yang diberitahu dalam review bakal merencatkan kejayaan filem ini. Adakah filem Assassin’s Creed terkena “sumpahan” filem permainan video dan bakalĀ senasib dengan filem-filem yang berasaskan dari permainan video yang lain? kita tunggu review dari penonton apabila ditayangkan diseluruh dunia nanti.

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment