Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Review

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Saya percaya, mesti ramai sudah menonton anime terbaru Netflix The Way of the Househusband. Melihat pada respon peminat, rata-rata mereka kurang gemar dengan animasi siri ini yang dikatakan seperti ‘slide Powerpoint’, dan ada juga yang peminat menjelaskan kenapa animasinya sedemikian. 

Secara jujurnya, saya tidak kisah bagaimana gaya animasinya, tetapi apa yang boleh saya katakan anime ini berjaya menambat hati saya. 

The Way of the Househusband tidak mempunyai cerita yang spesifik, setiap episod sekadar memaparkan kehidupan bekas yakuza yang menjadi surirumah sepenuh masa. Tatsu merupakan legenda yakuza yang dikenali sebagai Naga Abadi (Immortal Dragon), tetapi selepas mendirikan rumah tangga, dia meninggalkan terus dunianya dan berazam untuk menjadi surirumah yang berjaya. Bukan sahaja berjaya, tetapi penyayang, pandai memasak, bersenam dan bersantai bersama pengurusi kawasan perumahan. 

Setiap episod anda akan melihat kehidupannya. Walaupun sudah meninggalkan dunia yakuza, keperibadian tetap sama, ganas tetapi dalam cara sebagai surirumah. Jika dulu dia menjaga kawasan-kawasan tertentu, kini rumahtangganya menjadi kawasan yang perlu dia jaga. Jadi anda akan melihat pelbagai ragam ketika dia memasak, mengemas, menjaga makan minum isterinya malah bertarung dengan Peluru Hitam yakni lipas yang akan bertukar menjadi B.A.B.1 bila ia terbang.

Bagaimanapun, dia masih dibayangi kehidupan lampaunya. Setiap kali dia menjalankan tugas sebagai surirumah iaitu pergi ke pasar pagi atau membeli barang di kedai D.I.Y, dia tetap bertembung dengan kumpulan yakuza yang lain. Tetapi jangan risau, dia tetap fokus dengan kerjaya barunya, dan mampu berhadapan dengan lawan-lawannya, dengan gaya sebagai seorang surirumah. 

Tolak tepi gaya animasinya dahulu, saya ingin bertanya kepada anda, adakah anime ini kelakar? Bagi saya, anime ni betul-betul kelakar, dan berjaya membuatkan saya ‘marathon’ sampai habis, ulang lagi sekali, bagitau kawan, dan ulang tengok buat kali ketiga. Banyak babak dalam anime ini sangat ‘memorable’, salah satunya selingan cerita tentang kucing Tatsu. Tambahan pula ragam Tatsu menguruskan rumah tangga dengan gaya yakuza serta karakter pembantu iaitu isterinya dan Massa menjadi salah satu sebab kenapa anime ini sangat menghiburkan. 

Saya merasakan konsep Motion Comic yang digunakan pada animasinya sangat bertepatan dalam menaikkan ekpresi komedi pada karakternya, bukan sahaja untuk karakter Tatsu malah semua karakter dalam anime ini. Saya tidak mempunyai masalah melihat gaya animasi siri ini, malah setiap pertunjukkan pasti akan membuatkan saya terhibur walaupun sekadar gambar tanpa dialog.

Bercakap soal dialog, lakonan suara turut menjadi point utama yang menjadi anime ini sangat menari. Percakapan Tatsu yang seolah-olah tiada emosi pasti akan menghiburkan penonton. Yang pernah menonton anime, cuba bayangkan suara Tatsu ketika dia menyanyi lagi Selamat Hari Jadi untuk isterinya, ‘serem’ bukan. Lakonan suara dalam anime ini secara jujurnya sangat mantap, berjaya menghidupkan cerita walaupun animasinya berkonsepkan Motion Comic. Begitu juga dengan skornya, yang banyak membantu dalam mencipta suasana dramatik dan komedi. 

Secara keseluruhannya, The Way of the Househusband sebuah anime yang sangat berbaloi untuk ditonton dan ‘diulang tonton’. Animasinya bukan satu masalah, yang penting komedinya sampai, begitu juga lakonan suara yang mantap yang banyak membantu dalam mencipta suasana yang cukup menghiburkan. Saya difahamkan versi ‘live-action’ sama menghiburkan seperti versi manga dan anime, mungkin akan menonton siri itu dan kongsikan ulasan saya kepada anda. 

The Way of the Househusband boleh di strim Neflix

<strong>Rating Kakimuvee</strong>

4/5

Related posts

Review Filem: Rumah Madu Ku Berhantu (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Maanaadu (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment