Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review: Alice In Borderland (2020)

Jika anda mencari sebuah siri seakan ‘Battle Royale’, mungkin anda boleh menonton siri terbaru Netflix Alice in Borderland. Berdasarkan dari grafik novel karya Haro Aso, Alice in Borderland menjanjikkan aksi yang cukup menghiburkan dengan penceritaan yang menarik tanpa sekelumit rasa bosan. 

Siri lapan episod ini boleh dikatakan gabungan Escape Room, Saw dan Cube dimana para peserta perlu melepasi pelbagai tahap permainan maut (yang berdasarkan dari kad terup) untuk terus hidup dengan paparan keganasan yang agak kejam dan penuh dengan darah. 

Kisahnya bermula dengan Arisu dan dua rakannya yang secara tiba-tiba berada di bandar Tokyo yang langsung tidak berpenghuni. Ketika mencari jawapan tentang apa yang berlaku disekeliling mereka, ketiga-tiga mereka tidak semena-mena menjadi peserta kepada permainan yang agak menakutkan. Mujur kebijaksanaan Arisu berjaya membuatkan mereka keluar dari permainan tersebut, dan mula menyedari bahawa mereka perlu menyertai setiap permainan maut untuk kekal hidup.

Apa yang menariknya, setiap episod akan memaparkan permainan baru, dari menggunakan kepandaian sehinggalah terpaksa mengkhianati rakan sendiri. Kepelbagaian permainan dan ‘twist’ menjadikan Alice in Borderland sangat mendebarkan, ditambah pula dengan kematian para peserta yang agak kejam dan menakutkan sepertimana anda melihat para karakter dalam filem Saw dibunuh kejam oleh penganjur permainan. 

Sebagai siri yang dirating 18 tahun keatas, selain paparan keganasan, anda boleh jangkakan beberapa adegan yang mencolok mata dan melibatkan adegan membunuh diri. Jadi, adalah lebih sesuai untuk menonton seorang diri dan mengikut pertimbangan anda. 

Dengan durasi setiap episod lebih kurang 45 minit, sudah tentu plotnya banyak tertumpu pada permainan maut, kecuali beberapa episod dipertengahan cerita dimana fokusnya beralih kepada politik dan menyiasat tempat tinggal yang dianggap utopia kepada para peserta. Babak-babak ‘flashback’ juga semakin banyak di penghujung siri, namun semuanya tidak menganggu tempo dan masih fokus pada kisah watak utama yang perlu menang dalam setiap permainan dan mencari jalan keluar dari bandar Tokyo yang menakutkan itu.

Secara keseluruhannya, Alice in Borderland telah memberi sesuatu diluar jangkaan penonton. Tidak pasti sama ada ia tepat dengan sumber asalnya, tetapi siri ini telah memberikan aksi ‘Battle Royale’ yang dimahukan peminat dengan fokus cerita yang menarik. Tidak sabar menantikan musim kedua, dan oh ya! sebelum terlupa, fokus pada karakternya – ada yang menarik, ada yang tidak disangka dan ada juga yang ‘twist’. Alice in Borderland boleh ditonton di platform streaming polular Netflix

Rating Kakimuvee

4.5/5

Related posts

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: Hi, Mom (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Minari (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mortal Kombat (2021)

Kakimuvee