Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Sing 2 (2021)

Mula ditayangkan pada 31 Disember 2021 di pawagam terpilih seluruh Malaysia. Merupakan kesinambungan secara langsung daripada filem pertama yang dikeluarkan pada tahun 2016 dahulu dan Sing 2 pada kali ini dilihat menggugurkan beberapa watak seperti watak tikus iaitu Mike yang dilakonsuarakan oleh Seth MacFarlane.

Filem Sing 2 pada kali ini berlatar belakang kan sebuah bandaraya metropolitan hiburan yang maju iaitu RedShore City yang mana dunia hiburannya ditunjangi oleh sebuah entiti yang bertapak di Crystal Tower dan dinaungi oleh Mr Crystal itu sendiri yang dilakonsuarakan oleh Bobby Cannavale. Buster Moon si Koala pada kali ini bersama sama pasukannya telah ke bandar tersebut untuk mencuba nasib dalam membuat sebuah pementasan teater muzikal yang mana menemui pelbagai cabaran.


Sing 2 pada kali ini dilihat amat memuaskan dari segi konteks perjalanan ceritanya yang lebih teratur berbanding filem pertama dahulu yang dilihat ingin memperkenalkan “branding” filem ini sendiri kepada penonton. Sing 2 pada kali ini lebih berfokus kepada jalan cerita Buster Moon si Koala dan pasukan teaternya. Diselangi dengan beberapa lawak yang biasanya digalas oleh watak Miss Crawly yang dilakonsuarakan oleh Garth Jennings dan dibantu oleh watak watak lain.

Umum mengetahui filem Sing 2 ini adalah sebuah filem muzikal animasi dan lagu lagu yang dipersembahkan juga begitu menarik dan jujur ingin dinyatakan disini mampu mengalirkan airmata penonton kerana lagu yang dipersembahkan itu kena dengan situasi perjalanan cerita lebih lebih lagi pada 1/3 terakhir filem ini. Keindahan perjalanan cerita dilihat begitu memukau setiap jiwa yang menonton walaupun pada 1/3 permulaannya agak sedikit perlahan.

Sing 2 sememangnya merupakan sebuah filem animasi yang sangat sesuai untuk ditonton lebih lebih lagi untuk kanak kanak kerana ia mempunyai jalan cerita yang ringkas, visual yang menarik serta watak watak haiwan yang begitu comel. Filem ini juga semestinya tidak menghampakan peminat yang telah menanti sekian lama setelah filem pertama keluar pada tahun 2016 yang lepas. Ianya sebuah filem yang “watchable” dan “repeatable”.

Rating Kakimuvee

4.5/5

Related posts

Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Spilt Gravy on Rice (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Top Gun: Maverick (2022)

Kakimuvee

Review Filem: The Assistant (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment