
Pelakon asal Mighty Morphin Power Rangers akan kembali bersatu semula untuk persembahan istimewa terbaru.
Menerusi akaun Twitter rasmi, Netflix telah mengumumkan rancangan istimewa – bertajuk Mighty Morphin Power Rangers: Once & Always – yang ditetapkan tayangannya pada 19 April 2023.
Tidak banyak butiran lanjut diketahui tentang rancang itu setakat ini, tetapi Netflix mendedahkan bahawa ia akan “menyatukan semula beberapa Rangers yang paling disukai,” termasuk bintang David Yost, Walter E. Jones, dan Barbara Goodson, suara Rita Repuls
Imej daripada persembahan istimewa itu turut dikongsi, masing-masing menunjukkan Yost dan Jones sebagai Renjer Biru dan Hitam, serta beberapa watak lain daripada rancangan itu.
Mighty Morphin Power Rangers: Once & Always — a scripted, stand-alone 30th anniversary special premiering April 19 — will reunite some of the franchise’s most beloved Rangers, including original stars David Yost, Walter E. Jones, and Barbara Goodson aka the voice of Rita Repulsa! pic.twitter.com/3Jn1qo9vPS
— Netflix (@netflix) January 17, 2023
Mighty Morphin Power Rangers ditayangkan pada tahun 1993, diadaptasikan dari siri TV Jepun Kyōryū Sentai Zyuranger. Selepas tayangan perdananya, siri ini menjadi fenomena, mewujudkan barangan mainan, tokoh aksi dan banyak lagi, serta pelbagai spin-off dan filem berdasarkan siri ini.
Siri asal berjalan selama tiga musim dan 145 episod, sebelum berakhir pada tahun 1995.