Genre: Sains Fiksyen / Thriller / Horror
Pengarah: Paul W.S. Anderson
Penerbit: Paul W.S. Anderson
Penulis Skrip: Paul W.S. Anderson
Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Shawn Roberts, Ruby Rose, Eoin Macken, William Levy, dan Iain Glen
Syarikat Produksi: Constantin Film, Capcom Co. Ltd
Edaran: Screen Germ
*Spoiler Warning*
Durasi: 1jam 45 minit
Selepas hampir 15 tahun Alice menetang corporation kejam yang telah membunuh hampir kesemua populasi penduduk bumi, dia kini semakin hampir untuk menamatkan perbuatan jahat Umbrella Corporation dalam filem sekuel dan terakhir siri franchais Resident Evil, The Last Chapter.
Bermula dari siri pertama Resident Evil, Alice terpaksa menentang sekumpulan undead apabila senjata biologikal T-Virus dilepaskan secara sengaja disebuah makmal yang terletak didalam fasiliti The Hive sehingga menyebabkan kesemua staff bertukar menjadi zombie.
Kemudian, wabak T-Virus mula menular di Bandar Raccon City dan merebak keseluruh dunia sehingga menyebabkan hampir keseluruhan penduduk bumi telah bertukar menjadi undead. Alice mendapati insiden The Hive bukanlah disebabkan kemalangan tapi disegajakan oleh Umbrella Corporation. Bermula dari situ penentangan Alice terhadap Umbrella Corporation sehingga ke filem terakhir.
The Final Chapter bukan sahaja menceritakan misi Alice menyelamatkan umat manusia dari kepupusan akibat malapetaka zombie, tetapi juga sejarah Umbrella Corporation, T-Virus dan bagaimana malapetaka zombie berlaku. Selain itu juga, ia menjawab persoalan yang bermain difikiran peminat filem Resident Evil iaitu siapakah Alice yang sebenarnya.
Plot untuk trilogi kali ini sebenarnya lebih menarik dari 5 siri sebelum ini. Ia membuatkan kita untuk tahu apa yang cuba disembunyikan oleh Red Queen daripada Alice. Dan memandangkan ianya filem terakhir, ia merungkai dan merumuskan apa yang berlaku sejak dari 2002 lagi.
Selain itu juga, kami perasan elemen thriller dalam filem benar-benar thrill! Banyak kali jugalah kami terkejut dengan babak-babak thrill dalam filem ini. Malah Adrenaline kami juga memuncak semasa melihat Alice dan rakan-rakannya dikejar anjing zombie. Actionnya boleh dikira “not bad” walaupun aksinya sekejap-sekejap sahaja. Kami suka action semasa Dr. Isaac dan tentera Undead nya menyerang penempatan terakhir manusia di Raccon City, Puas hati melihat zombie-zombie dibakar.
Filem terakhir ini juga menampilkan kemunculan semula karakter Claire Redfield sebagai sidekick Alice. Claire yang muncul dalam filem Resident Evil: Afterlife telah membantu Alice menyusup masuk kedalam The Hive untuk menyelesaikan misi Alice. Tapi untuk filem kali ini, action dari Claire tidak banyak seperti filem sebelumnya. Mungkin kerana mereka mahu menumpukan aksi Alice dan plot filem.
Secara keseluruhannya, kami enjoy dengan Resident Evil: The Last Chapter ini. Ia menepati expectation kami bahawa filem terakhir pasti yang terbaik dan mereka telah buktikan.
Rating: 8.5/10