Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Resident Evil 6 sudah memulakan produksi, dijangka tayangan September 2016

resident-evil-6-release-date1

Paul W.S. Anderson yang menulis lima filem Resident Evil (dan mengarahkan 3 daripadanya) bercadang untuk menghabiskan filem yang diadptasikan dari siri permainan game popular ini dengan membikin siri ke enam yang berjudul Resident Evil: The Final Chapter. Filem akan datang ini masih mengekalkan aktres Milla Jovovich sebagai Alice

Filem kelima, Resident Evil: Retribution, semasa dibabak terakhir filem tersebut,ia menunjukan Alice dan rakan – rakannya berada diatas bumbung White House dan mengambarkan plot untuk filem sequel akan datang nanti. Filem terakhir ini sepatutnya sudah memulakan proses produksi mereka selepas tayangan filem kelima, namum Anderson mengambil masa yang lama untuk menulis skrip filem ini ditambah pula, bintangnya Milla Jovovich sedang sarat mengandung.

Bagaimanpun, Milla Jovovich telah memberi petunjuk bahawa proses produksi untuk filem keenam telah telah pun berjalan. Ini ditunjukkan oleh beliau sendiri melalui laman sosial Instagramnya baru – baru ini apabila memuatnaik mukanya yang sedang disolek untuk pembikinan filem The Final Chapter.

https://instagram.com/p/5KwOpnTMqA/

Empat filem terakhir Resident Evil memulakan tarikh tayang di pawagam pada September dan dijangka filem terakhir ini juga mungkin akan ditayangkan pada bulan yang sama. Ini mungkin disebabkan pihak produksi tidak mahu bersaing dengan filem-filem boxoffice yang lain sekiranya ianya ditayangkan lebih awal atau lewat. Namun begitu, filem ini dijangka akan meletup berbanding filem – filem Resident Evil yang lain memandangkan ramai pengikut filem ini ingin mengentahui penamat filem bersiri ini.

Filem terbaru ini juga dijangka lebih aksi berbanding filem – filem sebelumnya memandangkan Alice akan bertemu dengan Bos segala zombie.

 

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment