Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Remy Ishak Tegur Disiplin Pelakon Baru

Sebelum ini pelakon popular Remy Ishak mengambil pendirian untuk mendiamkan diri, namun kini dia merasakan sudah tiba masanya untuk membuka mulut untuk menegur gelagat dan disiplin pelakon baru.

“Tidak dinafikan sekarang saya banyak bekerja dengan orang baru. Bagi saya, pelakon baru kini perlu lebih fokus pada lakonan dan bukannya telefon bimbit.

“Kebanyakan pelakon kini bukan datang dari sekolah filem. Ada diantaranya menyertai industri kerana mungkin mereka merasakan bagaimana agaknya bila menjadi orang popular. Atas faktor itu, tumpuan, dedikasi dan komitmen mereka pada karakter dan skrip tak sama macam kami dulu,” ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Menurut pelakon “Redha”, ia berbeza ketika zamannya di mana penggambaran menggunakan filem dan pelakon amat menghargai karya dan watak yang dilakonkan berbanding ketika ini yang menggunakan kamera digital, sekaligus menjadikan pelakon baru kurang menghargai apa yang mereka lakukan.

Remy pada masa sama turut menyuarakan rasa kesalnya terhadap dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh pelakon yang disifatkan sebagai kurang.

Malah dia memberi contoh ketika dia sedang menjalani penggambaran di mana ada pelakon yang datang ke set baru hendak menghafal skrip, dan ada juga yang tidak bawa skrip.

Dalam pada itu, Remy juga akui kadang-kala berasa takut untuk berlakon dengan pelakon baru tetapi terpaksa juga kerana mereka mempunyai permintaan tinggi.

Oleh itu, dia berharap trend tersebut dapat diubah untuk kebaikan industri.

Sementara itu, dalam perkembangan terbarunya, dia bakal muncul dengan sebuah supertelefilem berjudul “DO[S]A” dan sebuah lagi filem.

Sumber: Cinema Online

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

Leave a Comment