Slot Tempatan

Remy Ishak Kongsi Gambar Belakang Tabir BAKARA

Views

Pelakon terkenal tanah air, Remy Ishak telah memuatnaik beberapa gambar belakang tabir filem Bakara. 

Gambar tersebut memaparkan beberapa pelakon utama menjalani latihan ketenteraan sebagai persiapan sebelum menjalani penggambaran. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

"Dulu kami sama-sama satu platoon yang hebat! Kami berperang dalam api kepanasan! Tapi disebabkan lama terperap, timbul lah masalah lemak berlebihan, gagal menguruskan senjata, buasir, banyak termenung, tak fokus banyak main-main, kami hanya mampu bertahan sebagai askar simpanan dan menambahkan lagi berat badan kami sehingga kini." 

Berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia pada tahun 1993, Bakara merupakan filem adaptasi Black Hawk Down versi Malaysia dimana ia memaparkan sisi pasukan tentera Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farrah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Diterbitkan syarikat produksi Act 2, Bakara bakal membariskan pelakon tangkas Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Alif Satar dan Fauzi Nawawi. Lebih menarik, filem ini akan turut menggunakan anggota ATM sebenar dan aset ketenteran.

Filem arahan Adrian Teh ini menelan belanja lebih RM20 juta. Setakat ini, tarikh tayangan Bakara masih lagi tidak diketahui.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks