Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Remy Ishak Dan Zul Ariffin Bergabung Dalam Filem Aksi Berjudul Sangkar

Kredit Gambar: Twitter FILEMKITA.com

Dua pelakon terkenal tanah air, Remy Ishak dan Zul Ariffin bergabung dalam sebuah filem aksi berjudul Sangkar. Filem aksi terbitan Infinitus Productions ini baru sahaja selesai penggambaran dan bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Berkata pada Harian Metro baru-baru ini, penerbit eksekutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai yakin dengan kebolehan luar biasa dua aktor hebat ini akan menarik perhatian penonton. Malah menurutnya lagi, pemilihan Remy dan Zul dibuat berdasarkan kebolehan mereka membawakan genre aksi selain ramai yang ingin melihat dua aktor ini bergabung dalam sebuah naskhah.

“Saya menerima banyak permintaan daripada peminat yang ingin melihat dua pelakon ini beraksi dalam sebuah filem. Justeru, kami sepakat memilih Remy dan Zul untuk menerajui Sangkar.

“Saya percaya filem ini akan memberi impak positif kepada penonton kerana masing-masing teruja membawakan watak serta hampir keseluruhan lagak aksi ngeri dilakukan sendiri. Melihat perjalanan penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, saya percaya filem ini akan diterima ramai kerana jalan ceritanya yang dramatik serta menghiburkan,”

Filem yang menelan belanja RM2.8 juta ini akan mengetengahkan paparan kegiatan ekstrem yang menggabungkan elemen seni pertahanan diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA). Malah filem ini turut menjemput pemenang MMA, James McSweeney sebagai pelakon tambahan.

Filem Sangkar diarahkan oleh Kabir Bhatia dan  turut dibintangi Niezam Zaidi, Mira Filzah, Adam Mika, Ray dan Arman Graseka. Sangkar bakal menemui penonton pada Mei 2019

Sumber: Harian Metro

Related posts

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha

Lebih Banyak Tayangan Perdana Kandungan India Tempatan & Antarabangsa Di Astro

Zulaikha