Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot AsiaVideo

Remake Forest Gump: Lihat Bagaimana Filem Hindi ‘Laal Singh Chaddha’ Dibandingkan Dengan Filem Asal Tom Hanks.


Pada penghujung Mei yang lalu, Viacom18 Studios telah mengeluarkan trailer rasmi untuk filem Laal Singh Chaddha, ‘remake’ Hindi dari filem popular Forrest Gump lakonan Tom Hanks. Trailer tersebut telah menarik hampir 50 juta penonton seluruh dunia, yang ingin melihat Forrest Gump versi Hindi.

Terbaru, IGN telah kongsikan satu video, yang membandingkan Laal Singh Chaddha dengan filem asal. 

Video tersebut mengambil adegan dari trailer dan dibandingkan dengan beberapa babak dari filem asal. Perbandingan itu untuk penonton melihat ketelitian Advait Chandan dalam menghasilkan semula Forrest Gump versi Hindi. Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

Laal Singh Chaddh adalah filem komedi drama yang diarahkan oleh Advait Chandan dari lakon layar yang ditulis oleh Eric Roth dan diadaptasikan oleh Atul Kulkarni.

Diterbitkan oleh Aamir Khan Production dan Viacom18 Studios, Laal Singh Chaddh menampilkan barisan pelakon ternama bollywood seperti Aamir Khan sebagai Laal Singh Chaddha, Kareena Kapoor sebagai Rupa, Naga Chaitanya Balaraju Bodi aka Bala, Mona Singh sebagai Mrs. Chaddha, ibua kepada Laal dan Manav Vij sebagai Lieutenant Mohammad


Filem ini telah mengalami beberapa siri perubahan dalam tempoh dua dekad, dengan Atul Kulkarni menghabiskan sepuluh tahun pertama untuk mengadaptasikan skrip, dan sepuluh tahun lagi membeli hak pembuatan semula.

Aamir Khan berjaya membeli hak filem itu pada awal 2018 dengan bantuan penerbit dan pengarah yang berpangkalan di Los Angeles, Radhika Chaudhari dan mengumumkan filem itu secara rasmi pada 14 Mac 2019 berserta judulnya sekali. 

Seperti Forrest Gump, Laal Singh Chaddh memaparkan peristiwa bersejarah India melalui perspektif Laal Singh Chaddha, seorang lelaki dungu yang mempunyai pemahaman tentang emosi.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam India pada 11 Ogos 2022 dengan Paramount Pictures sebagai pengedar. 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee