Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Reen Rahim Kongsi Pengalaman Bawakan Watak Polis Dalam Filem Rempit Sampai Langit

Pelakon Reen Rahim mendedahkan yang beliau terpaksa berhadapan sedikit cabaran ketika menjayakan filem Rempit Sampai Langit yang bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 23 November ini.

Menurut Reen, dalam filem tersebut dia akan membawa watak sebagai seorang anggota polis dan ia sedikit menimbulkan kesukaran buatnya kerana dia belum pernah membawa watak beruniform.

“Sepanjang saya berlakon sebelum ini saya belum pernah bawa watak sebagai anggota polis, jadi penjenayah pernahlah. Watak dalam filem tidaklah sukar, tetapi agak mencabar kerana saya masih baru dalam bidang ini.

Penggambaran filem ini dilakukan hampir tiga tahun lalu yang mana ketika ini saya masih lagi ‘hijau’ dalam dunia lakonan oleh itu saya berasa sedikit bimbang sekiranya lakonan saya tidak cukup bagus,”  – Reen Rahim

Ditanya mengenai cabaran lain yang perlu dihadapinya sepanjang menjayakan filem ini, pelakon Soulmate Hingga Jannah berkata mereka perlu berlakon seorang diri sambil berimaginasi mengenai motor kerana filem ini menggunakan hampir 60 peratus CGI (imej janaan komputer).

Walaubagaimanapun, dia berasa sangat bersyukur kerana mendapat panduan dan tunjuk ajar daripada pengarah iaitu Silver.

Selain itu, Reen juga sempat mendapat ilmu mengenai lakonan daripada aktres tersohor tanah air iaitu Nabila Huda dengan melihat bagaimana pelakon itu menyiapkan diri sebelum masuk ke set dan cara lakonannya.

Selain Reen, filem terbitan Suhan Movies ini menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Ajak Shiro, Tauke Jambu, Cristina Suzanne, Ruminah Sidek, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Leave a Comment