Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Redha Cuba Nasib Di Cannes

Poster-Filem-Redha

Pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza Tunku Khalid teruja apabila filem pertama arahannya terpilih antara lima produksi tempatan yang bakal ditayangkan di Cannes, Perancis sempena Marchu du Film 2016 bermula 17 Mei ini.

Katanya, dengan kehadiran Redha di Cannes nanti, ia sedikit sebanyak akan membuka mata sesetengah pihak (terutamanya pemerhati filem antarabangsa) bahawa filem sebegini juga ada di Malaysia.

“Saya harap filem ini dapat membuka perhatian antarabangsa memandangkan austisme subjek yang universal sifatnya.

“Sambutan dingin terhadap filem Redha amat mengejutkan saya kerana ia bukan sahaja membawa cerita tentang austisme semata-mata.

“Ia turut membabitkan subjek kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan yang merupakan ramuan harian semua orang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambah Tunku Mona, pemilihan filem ini oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedikit sebanyak mengubat kekecewaan apabila filem ini kurang mendapat sambutan di panggung.

“Masa FINAS cakap nak bawa ke Cannes, melompat-lompat la saya, lagipun inilah filem pertama saya.

“Tak sangka pula filem yang kurang dapat sambutan diajak pergi ke Cannes untuk tayangan di sana dan semestinya semua akan rasa teruja dan bersyukur,” tambahnya.

Empat filem lain yang turut terpilih ialah Hoka Hey ‘A Good Day To Die’, You Mean The World To Me, Taiping Adagio dan Pekak.

Redha yang dilakonkan Namron, June Lojong, Remy Ishak dan Nadiya Nisaa sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia memberi inspirasi kepada masyarakat kerana mengetengahkan cabaran dilalui keluarga yang mempunyai anak autistik.

sumber: Astro Awani

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment