Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Red Notice menjadi filem Netflix paling popular untuk platform penstriman tersebut, memecahkan rekod sebagai filem yang paling ramai penonton di Netflix dalam tempoh kurang dari dua minggu. 

Berita itu didedahkan oleh bintang utamanya, Dwayne Johnson melalui perkongsian di media sosial Instagram. Johnson mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka, dan masa yang sama mendedahkan bahawa filem itu telah distrim selama 129,100,100 jam semasa minggu pertama tayangannya. Sehinggakini, Red Notice telah disiarkan selama 328.8 juta jam, sekaligus menjadi filem terbesar dalam sejarah Netflix.

Rekod sebelum ini dipegang Bird Box yang mengumpul 282 juta jam tayangannya. 

Red Notice adalah filem rompakan aksi-komedi yang mendebarkan dan direka untuk Johnson (Black Adam), Gal Gadot (Wonder Woman) dan Ryan Reynolds (Deadpool). Rawson Marshall Thurber, yang pernah bekerjasama dengan Johnson dalam filem Central Intelligence dan Skyscraper, menulis lakon layar dan mengarahkan filem ini. 

Dalam Red Notice, ejen FBI lakonan Johnson ditugaskan untuk menangkap pencuri seni yang paling dikehendaki di dunia. “Notis Merah” merujuk kepada notis Interpol tertinggi dan paling serius dan berkenaan penahanan penjenayah yang paling dikehendaki. Sementara itu, Gal Gadot menggambarkan peranannya sebagai pencuri seni terhebat dunia dengan Ryan Reynolds sebagai penipu terhebat di dunia.

Filem ini diterbitkan oleh Hiram Garcia, Dwayne Johnson dan Dany Garcia dari Seven Bucks Productions, Flynn Picture Co. dan Bad Version, Inc.

 

Strim Red Notice (2021)

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment