Drama tvN Record of Youth terus mencipta rekod peribadi!
Menurut Nielsen Korea,, episod terbaru Record of Youth mencatatkan purata rating sebanyak 8.238 peratus, sekaligus mengatasi rekod 7.823 peratus yang telah dicatatkan sebelum ini.
Record of Youth berkisar tentang Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dan Won Hae-hyo (Byeon Woo-seok) yang berkawan sejak kanak-kanak dan terlibat dalam dunia lakonan. Semasa bekerja, mereka bertemu dengan An Jeong-ha (Park So-dam) yang merupakan artis solek baru. Berasal dari latar belakang yang berbeza, masing-masing mempunyai penderitaan dan situasi keluarga yang berbeza. Mereka bertiga kemudiaannya bertemu cinta, menghadapi ujian, dan persahabatan ketika mereka menjalani kehidupan masa muda.
Anda boleh stream Record of Youth di Netflix
Sementara itu, drama SBS Do You Like Brahms? merekodkan purata rating sebanyak 4.1 peratus dan 5.2 peratus, rating yang hampir sama dari episod sebelumnya. Drama KBS Zombie Detective mencatatkan rating sebanyak 2.5 peratus dan 3.4 peratus, manakala drama JTBC, 18 Again kekal kukuh dengan rating sebanyak 2.786 peratus.
Sumber: Soompi