Slot Asia

Record Of Youth Pamerkan Kisah Romantis Diantara Park Bo-Gum dab Park So-Dam

Views

Park Bo-gum dan Park So-dam akan menyajikan percintaan yang mengasyikkan dalam Record of Youth, yang akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada 7 September

Teaser terbaru menunjukkan cinta yang berkembang diantara Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dan An Jeong-ha (Park So-dam). Coretan menampilkan Jeong-ha dalam keadaan mabuk dengan menyatakan bahawa dia akan berhenti menjadi peminat Sa Hye-jun. Kemudian kedua-duanya menikmati kopi dengan Sa Hye-jun mengatakan bahawa dia merasa selesa ketika bersama Jeong-ha. Pada hari hujan, Jeong-ha bercakap tentang merasa kesunyian setiap kali hujan, yang mana Hye-jun berjanji akan memanggilnya setiap kali hujan. Hye-jun memberitahunya bahawa dia tidak akan bersendirian ketika dia mengikat selendang untuknya dan kamu dapat melihat mereka semakin dekat diantara satu sama lain.

Record of Youth berkisar tentang Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dan Won Hae-hyo (Byeon Woo-seok) yang berkawan sejak kanak-kanak dan terlibat dalam dunia lakonan. Semasa bekerja, mereka bertemu dengan An Jeong-ha (Park So-dam) yang merupakan artis solek baru. Berasal dari latar belakang yang berbeza, masing-masing mempunyai penderitaan dan situasi keluarga yang berbeza. Mereka bertiga kemudiaannya bertemu cinta, menghadapi ujian, dan persahabatan ketika mereka menjalani kehidupan masa muda.

Diarahkan An Gil-ho dari lakonlayar yang ditulis Ha Myeong-hee, Record of Youth dibintangi Park Bo-gum, Park So-dam, serta Byeon Woo-seok dan akan ditayangkan setiap Isnin dan Selasa mulai 7 September ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks