Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Record Of Youth” Kuasai Kedudukan Pertama Drama Isnin-Selasa

Drama terbaru tvN Record of Youth memulakan episod pertama dengan kuasai kedudukan pertama dalam slot waktunya untuk drama Isnin-Selasa. 

Menurut Nielsen Korea, tayangan perdana drama tersebut merekodkan rating penonton sebanyak 6.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 8.7 peratus, sekaligus menjadi drama Isnin-Selasa pertama tvN yang menguasai kedudukan teratas dalam slot waktunya. 


Record of Youth berkisar tentang Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dan Won Hae-hyo (Byeon Woo-seok) yang berkawan sejak kanak-kanak dan terlibat dalam dunia lakonan. Semasa bekerja, mereka bertemu dengan An Jeong-ha (Park So-dam) yang merupakan artis solek baru. Berasal dari latar belakang yang berbeza, masing-masing mempunyai penderitaan dan situasi keluarga yang berbeza. Mereka bertiga kemudiaannya bertemu cinta, menghadapi ujian, dan persahabatan ketika mereka menjalani kehidupan masa muda.

Anda boleh stream Record of Youth di Netflix

Sementara itu, drama terbaru SBS, Do You Like Brahms? merekodkan purata rating tontonan sebanyak 4.5 peratus dan 5.6 peratus, peningkatan sebanyak 0.6 peratus dari episod sebelumnya, dan 0.3 peratus dari episod pertama.

Related posts

“Big Mouse” Menjadi Drama Paling Popular Untuk Minggu Ketiga Berturut-Turut

Zulaikha

“Extraordinary Attorney Woo” Pecah Rekod Peribadi, Cipta Sejarah Rating Tertinggi Untuk Saluran ENA

Zulaikha

Seo In Guk, Jung So Min & Jang Dong Yoon Terperangkap Di Lautan Neraka Dalam Filem Terbaru “Project Wolf Hunting”

Kakimuvee

India Remake K-Drama Popular “Flower Of Evil”

Kakimuvee

Konspirasi Bertembung Dalam K-Drama Akan Datang “May It Please The Court”, Akan Debut Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Zulaikha

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Leave a Comment