Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Recap Episod 1 Drama When The Camellia Blooms


AMARAN SPOILER!!!

Pembukaan drama dijamukan dengan situasi serius di mana dipaparkan pemandangan kes kematian di mana polis mengusung mayat yang mana kematiannya tidak ditunjukkan sebab dan puncanya mengapa, tetapi seperti memberi petunjuk, Dong Baek (Gong Hyo Jin) gerangan mayat tersebut (?). Di penghujung drama pun ditunjukkan watak polis (Kang Ha Neul) seperti tergamam dan menangis apabila melihat mayat tersebut. Ya misteri di situ.

Selepas paparan suasana misteri di permulaan cerita, babak diteruskan di mana ditunjukkan kedatangan Dong Baek di penempatan Yongsan, yang mana dia membuka sebuah bar bernama Camellia, mula² jiran² di situ ingat dia bukak kedai bunga. Dong Baek merupakan ibu tunggal (tanpa berkahwin) dan mempunyai seorang anak lelaki. Karakter Gong Hyo Jin di dalam drama ini pada episod pertama ini digambarkan seorang yang cantik, agak naif, selalu tersenyum, lemah lembut dan tidak melawan.

Turut ditunjuk sekali latar belakang karakter Hwang Yong Sik yang dibawa Kang Ha Neul, seorang penduduk asal Yongsan yang begitu bernafsu untuk menumpaskan penjahat/penjenayah sejak di bangku sekolah lagi, dan kerana semangatnya itu, banyak kali menerima plak/sijil penghargaan kerana kejayaannya menangkap penjenayah yang tidak dapat ditangkap polis dan akhirnya dia diserap masuk sebagai anggota polis dan ditugaskan di Seoul di mana di Seoul dia memasang cita² mahu mencari teman wanita seperti wanita idamannya iaitu Puteri Diana. Rasanya masa Dong Baek datang Yongsan, Yong Sik pulak dihantar bertugas ke Seoul, so diorang tak berjumpa di permulaan kedatangan Dong Baek ke Yongsan.

Babak seterusnya di tunjuk 6 tahun kemudian, di mana bar Camellia masih kekal beroperasi. Tapi pelik jugak takkan Yong Sik tak balik² Yongsan dalam tempoh 6 tahun tu. Kerana sikap panas baran Yong Sik dalam berurusan dengan penjenayah, di mana dia memukul penjenayah di hadapan wartawan, dia di hantar bertugas ke kampung halamannya dari Seoul, walaupun dia dipuji netizen kerana membantai penjenayah tetapi dalam etika kerja sebagai polis dia tidak boleh bertindak sedemikian.


Dipendekkan cerita kepulangan Yong Sik ke Yongsan, menemukannya dengan Dong Baek di sebuah perpustakaan, dan bermulalah detik jatuh cinta pandang pertama ke Dong Baek. Ada ditunjukkan sedikit watak Kim Ji Suk sebagai Kang Jong Ryeol seorang atlet baseball yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang bayi, di mana kehidupan keluarganya mempunyai variety show sendiri tetapi kehidupan perkahwinannya penuh dengan kepura-puraan dan tidak seindah seperti yang dipaparkan dalam variety show, aku syak Kang Jong Ryeol ni bapa kepada anak Dong Baek.

Watak Kang Ha Neul dalam drama ni ditunjukkan sebagai “pak lawak” seperti menyaksikan wataknya dalam filem Midnight Runner. Agak menyeronokkan jugak melihat wataknya sebegitu, seorang pelakon muda berbakat yang pandai menggunakan riak emosi di wajahnya untuk berlakon walaupun tanpa dialog.

Episod pertama drama ini agak pantas perjalanan penceritaannya, didedahkan juga beberapa latar belakang tentang karakter dalam drama ini tetapi latar belakang tentang Dong Baek masih diperam lagi. Episod pertama dipersembahkan dengan agak memuaskan walaupun suntingan agak mengelirukan ketika di pertengahan cerita tiba² melompat ke garis masa 6 tahun kemudian yang terasa agak melulu, ada lagi 15 episod ni harap dikembangkan karakter dan jalan ceritanya semenarik yang mungkin.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee