
Drama popular lakonan Song Joong Ki, Reborn Rich berjaya mencapai penilaian penonton tertinggi sepanjang siarannya pada episod finale!
Menurut Nielsen Korea, episod terakhir drama itu telah memperoleh purata rating 26.9 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.
Angka itu juga menandakan rekod baharu untuk rating kedua tertinggi bagi mana-mana drama kabel dalam sejarah TV Korea, hanya ditewakan drama hit JTBC The Worl of the Married yang mencapai rating kemuncak sebanyak 28.4 peratus.
Sementara itu, drama TV Chosun Red Ballon terus menunjukkan peningkatan dengan episod keempat memperoleh rating 6.1 peratus, rating tertinggi drama tersebut setakat ini.
Drama tvN Alchemy of Souls Part 2 turut menunjukkan peningkatan dengan episod terbaru merekodkan rating 8.2 peratus. Akhir sekali, drama KBS 2TV Three Bold Siblings memperolehi purata rating 23.5 peratus untuk episod terbaru.
Sumber: Soompi