Berita

Reboot Texas Chainsaw Massacre Lancar Laman Web & Poster Terbaru

Views

Filem reboot terbitan Legendary Entertainment, Texas Chainsaw Massacre telah melancarkan laman web dan mendedahkan poster terbaru. Postert tersebut bertulis "Pada tahun 1974, dunia menyaksikan salah satu kejahatan paling aneh dalam sejarah sejarah Amerika. Pada tahun 2021, wajah kegilaan kembali."

Texas Chainsaw Massacre diarahkan David Blue Garcia (Tejano) dan ditulis Chris Thomas Devlin. Pengarah Don't Breath dan Evil Dead (2013), Fede Alvarez bertindak sebagai penerbit bersama-sama Rodolfo Sayagues menerusi syarikat penerbitan mereka, Bad Hombre.

Francais Texas Chainsaw Massacre berpusat sekitar Leatherface dan keluarganya, yang mengganas dan membunuh pengunjung yang menceroboh tanah mereka di kawasan pedalaman Texas. Filem asal diarahkan oleh Tobe Hooper (Poltergeist) dan dilancarkan pada 1874. 

Sebanyak lapan filem telah dihasilkan dengan yang terbaru merupakan filem prekuel berjudul Leatherface yang ditayangkan pada 2017. Barisan pelakon francais ini termasuklah pelakon popular seperti Matthew McConaughey, Renee Zellweger, Viggo Mortensen, dan Dennis Hopper. Kesemua filem ini telah menjana lebih $235 juta dolar seluruh dunia.

 

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares