Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Reboot PIRATES OF THE CARIBBEAN Mungkin Libatkan Johnny Depp Sebagai JACK SPARROW

Captain Jack Sparrow

Minggu lalu, timbul spekulasi mengenai reboot Pirates of the Caribbean yang mengaitkan bintang Avengers: Endgame, Karen Gillan sebagai Redd the Pirate – watak utama dalam filem reboot akan datang.

Bagaimanapun, spekulasi terbaru itu turut memberikan berita kurang senang kepada para peminat Pirates of the Caribbean. Difahamkan, pelakon Johnny Depp tidak akan meneruskan watak ikoniknya iaitu Captain Jack Sparrow, dan status watak itu masih lagi tidak diketahui.

Kini, laporan terbaru dari The DisInsider (via Comicbookmovie.com) mungkin mengembalikan kepercayaan peminat terhadap francais Pirates of the Caribbean. 

Menurut The DisInsider, Sparrow mungkin terlibat, dan perbincangan sedang dilakukan bagi melihat kesesuaian watak tersebut dengan filem reboot itu nanti. Perkembangan terbaru ini mengubah laporan sebelumnya dimana Depp dikhabarkan tidak akan meneruskan peranannya.

Bagaimanapun, segalanya mungkin boleh berubah pada bila-bila masa, memandangkan filem reboot ini masih diperingkat awal perancangannya.

Tidak banyak informasi mengenai filem terbaru Pirates of the Caribbean didedahkan Disney. Namun begitu, perancangannya telahpun bermula dengan pencipta Chernobyl, Craig Mazin dan Ted Elliot dilaporkan sedang merancang skrip untuk filem terbaru, manakala Jerry Bruckheimer dan Chad Oman akan kembali selaku penerbit.

Apapun kita nantikan perkembangan di masa hadapan, dah berharap Johnny Depp akan kembali meneruskan peranannya sebagai Captain Jack Sparrow disamping pelakon Karen Gillan yang semakin menyinar selepas muncul dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe dan Jumanji.

Related posts

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Leave a Comment