Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Reboot “Constantine” Mungkin Menemui Bintang Utamanya


Reboot Constantine mungkin menjumpai bintang utamanya. 

Menurut laporan dari The Illuminerdi, pelakon Ṣọpẹ́ Dìrísù telah diintai pasukan produksi untuk watak utama siri HBO Max yang akan datang itu. 

Reboot Constantine datang dari penerbit J.J. Abrams yang terus membangunkan francais Justice League Dark. 

Menurut laporan, siri yang memfokuskan pada watak Constantine itu hanyalah sebahagian daripada rancangan HBO untuk francais Justice League Dark, dengan watak lain juga dijangka menerima filem atau siri televisyen mereka sendiri.

Laporan itu juga menyebut bahawa penulis dari U.K. Guy Bolton turut dikaitkan dengan siri Constantine sebagai penulis lakon layar. Constantine akan meneroka lebih banyak unsuru seram yang dihubungkan kepada watak buku komik dan bukannya nada yang lebih kepada keagamaan seperti yang diterokai adaptasi terdahulu. 


Dìrísù terkenal dengan peranannya dalam drama aksi jenayah British Gangs of London, di mana dia memainkan watak Elliot Finch selama sembilan episod, serta drama British The Halcyon, yang menyaksikan Dìrísù memegang watak Sonny Sullivan selama lapan episod. Dìrísù juga pernah berlakon di atas pentas, dengan memainkan peranan sebagai Cassius Clay (Muhammed Ali) dalam adaptasi One Night in Miami pada 2016.

Sebelum pelakon baru yang dilaporkan ini, watak Constantine telah dilakonkan oleh Matt Ryan, yang telah muncul dalam banyak rancangan The CW Arrowverse sebagai detektif buku komik ikonik dan menyuarakan watak itu dalam beberapa filem DC Animated Universe.


Related posts

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

HBO Batal Siri ‘The Idol’ Selepas Musim 1

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

Non-Stop Entertainment This June on HBO GO, HBO, Warner TV, Cartoon Network and Boomerang

Kakimuvee