Pelakon filem Mission: Impossible – Fallout, Rebecca Ferguson dilaporkan akan menyertai Chris Hemsworth dalam filem spin off Men in Black. Bagaimanapun, watak yang bakal dibawa oleh aktres tersebut tidak lagi diketahui.
Selain Rebecca Ferguson dan Chris Hemsworth, filem sains fiksyen itu turut disertai Tessa Thompson, Emma Thompson, Liam Neeson, Kumail Nanjiani dan Rafe Spall. Filem spin off ini tidak akan menampilkan teraju utama francais tersebut iaitu Will Smith dan Tommy Lee Jones.
Pengarah filem The Fate of the Furious, F. Gary Gray bertindak selaku pengarah manakala skrip ditulis oleh Art Marcum dan Matt Holloway. Plot masih tidak lagi diketahui tetapi filem ini akan bertempat di United Kingdom.
Filem ini akan ditayangkan 14 Jun 2019