Berita

Rebecca Ferguson Kongsi Gambar Latihan ‘Sniper’ Untuk Filem MISSION: IMPOSSIBLE 7

Views

Penggambaran Mission: Impossible 7 masih lagi terhenti disebabkan pandemik COVID-19, bagaimanapun ia tidak menghalang Rebecca Ferguson untuk kongsikan gambar latihannya untuk filem akan datang.

Dalam sekeping gambar yang dimuatnaik di media sosial Instagram, ia memaparkan Ferguson menjalani latihan ‘sniper’ bersama kakitangan Bare Arms, sebuah syarikat di UK yang menyediakan nasihat ketenteraan dan latihan senjata api untuk filem dan rancangan televisyen.

Ferguson akan meneruskan peranannya sebagai bekas ejen MI6, Ilsa Faust. Dia menyertai Tom Cruise sebagai watak utama Ethan Hunt serta beberapa pelakon lain seperti Hayley Atwell, Simon Pegg, Ving Rhames, Henry Czerny, Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales sebagai antagonis utama, menggantikan tempat Nicolas Hoult yang terpaksa berundur dari projek Mission: Impossible 7 disebabkan masalah jadual.

Mission: Impossible 7 akan ditayangkan pada 19 November 2021.

 

View this post on Instagram

 

… but before that, more training @barearmsfilm for MI7

A post shared by Rebecca Ferguson (@officialrebeccaferguson) on

Tinggalkan Balasan

shares