Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Reaksi Awal “WandaVision” Mula Muncul Di Media Sosial

Siri Marvel Disney+ WandaVision akan memulakan debutnya pada Jumaat 15 Januari ini, dan kini reaksi awal dari pengkritik mula muncul di media sosial. Kebanyakkan mereka mengatakan WandaVision sebagai pelik, berbeza dan sudah tentunya, kelakar. Anda boleh baca reaksi mereka dibawah.

WandaVision, siri pertama Marvel Studios yang diciptakan secara eksklusif untuk Disney+, dibintangi pelakon seperti stars Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff, Paul Bettany sebagai Vision, Kathryn Hahn sebagai Agnes, dan Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau, karakter yang telah diperkenalkan kepada penonton dalam filem Captain Marvel.

Kat Dennings kembali meneruskan peranannya sebagai Darcy dari filem Thor dan Thor: The Dark World, dan Randall Park kembali sebagai Jimmy Woo dari filem Ant-Man and The Wasp. 

Berlatarbelakangkan era 1950an, WandaVision akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision – dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal – mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.

WandaVision akan memulakan tayangannya di Disney+ pada 15 Januari ini.

Related posts

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Kakimuvee

Pandangan Pertama Bennet, Cameron & Perrault Sebagai Powerpuff Girl

Kakimuvee

Cartoon Network Bawa Pengembaraan Galaksi Luar Biasa Dalam Siri Baharu Elliott From Earth

Kakimuvee

“The Falcon and The Winter Soldier” Dedah Video Panjang Zemo Menari

Isqandar

Pandangan Pertama Siri Live-Action “Powerpuff Girls” Telah Didedahkan, Penggambaran Sudah Bermula

Kakimuvee