Berita

Reaksi Awal Terminator: Dark Fate Telah Mula Tersebar, Sifatkan Filem Terbaik Terminator Selepas Judgement Day

Views

Susulan daripada tayangan perdana baru-baru ini, reaksi awal filem Terminator: Dark Fate telah mula tersebar dilaman-laman sosial, dan kebanyakannya memberikan respon yang sangat positif serta menyifatkan filem kali ini adalah yang terbaik sejak filem Judgement Day. 

Selain itu juga, ramai daripada mereka turut memuji pelakon veteran Linda Hamilton yang memainkan watak klasiknya, Sarah Connor dan pelakon Mackenzie Davis.

Bagaimanapun, reaksi dilaman sosial belum bermakna filem itu menarik, kita perlu menunggu ulasan-ulasan yang dikeluarkan oleh para pengkritik sebelum kita dapat gambaran awal tentang filem ini. Apapun, sementara kita menantikan ulasan penuh diterbitkan dan rating, mari kita lihat reaksi awal dari mereka yang telah menonton filem Terminator: Dark Fate. 

7 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), dan Grace (Mackenzie Davis) yang merupakan askar cyborg . Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) kini dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan garismasa asal.

BACA:  A Copy Of My Mind Ditayangkan di Filem Festival Venice

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator T-800, manakala Linda Hamilton dan Edward Furlong akan memainkan kembali peranan mereka sebagai Sarah dan John Connor. James Cameron akan bertindak selaku penerbit.

Terminator: Dark Fate arahan Tim Miller bakal menemui penonton pada 24 Oktober ini.

shares