Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Raya and the Last Dragon” Kutip $26 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan

Filem animsi terbaru Disney “Raya and the Last Dragon” hanya mampu mengutip $26.1 juta dolar seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya. Dari jumlah tersebut, $8.6 juta dolar telah dikutip dipasaran Amerika Utara, jauh lebih rendah dari filem terbitan Warner Bros., “Tom & Jerry” yang mengutip $14.1 juta dolar dalam tempoh yang sama pada minggu lalu.

Kegagalan “Raya and the Last Dragon” di pasaran Amerika Utara berpunca dari tindakan boikot beberapa pawagam utama seperti Cinemark, Harkins dan pawagam Kanada, Cineplex selepas Disney enggan menuruti syarat pihak pawagam mengenai pembahagian keuntungan jualan tiket. 

Tambahan pula, tumpuan filem “Raya” lebih kepada golongan wanita manakala “Tom & Jerry” lebih mesra kanak-kanak. Penganalisis berkata, jika kutipan “Raya and the Last Dragon” dalam tempoh beberapa minggu ini tidak memberangsangkan, ia mungkin memberi kesan pada tarikh tayangan “Black Widow“.

Sementara itu, filem “Tom and Jerry” menambah $11.6 juta dolar pada minggu kedua tayangan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $57.3 juta dolar seluruh dunia. 

Filem terbaru lakonan Tom Holland dan Daisy Ridley, “Chaos Walking” dijangka ‘flop’ selepas hanya mengutip $6.3 juta dolar seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya. Liosgate telah mengeluarkan modal sebanyak $100 juta dolar untuk menghasilkan filem ini. 

“Raya and the Last Dragon” mengisahkan tentang Raya, seorang pahlawan tunggal yang mencari legenda naga terakhir dan memulihkan tanah yang retak dan penduduknya yang terpisah. Namun, sepanjang perjalanannya, dia akan belajar bahawa ia memerlukan lebih dari sekadar seekor naga untuk menyelamatkan dunia – yang mana ia perlu mendapatkan kepercayaan dan juga kerja berpasukan. 

“Tom and Jerry” akan berkisarkan tentang Kayla, seorang pekerja baru disebuah hotel. Dia terpaksa mengupah Tom, seekor kucing semata-mata untuk menghalau seekor tikus yang bernama Jerry demi menyelamatkan pekerjaannya, dan dalam masa yang sama perlu menghadapi Terrance, seorang penolong pengurus yang suka membuli.

Berdasarkan trilogi novel sains fiksyen karya Patrick Ness, “Chaos Walking” dibintangi Tom Holland yang berperanan sebagai Todd Hewlitt manakala Daisy Ridley sebagai Viola Eade. Merek turut disertai Mads Mikkelsen sebagai Mayor Prentiss, Nick Jonas sebagai Davy Prentiss Jr., Demian Bichir sebagai Ben, Kurt Sutter sebagai Cillian dan David Oyelowo sebagai Aaron.

“Raya and the Last Dragon” kini ditayangkan dipawagam tempatan.

Related posts

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

Isqandar

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee