
Persengketaan diantara pelakon yang memainkan watak Cyborg, Ray Fisher dengan Warner Bros. berakhir apabila dia disingkarkan dari membawakan watak itu dalam filem The Flash. Pekara tersebut didedahkan sendiri oleh Fisher melalui perkongsian di laman Twitter.
Please Read.
— Ray Fisher (@ray8fisher) January 13, 2021
A>E pic.twitter.com/y51qzMp7bg
Pelakon itu tidak terkejut dengan penyingkirannya tetapi tidak bersetuju dengan keputusan pihak studio. Tambahnya lagi, peranan Cyborg dalam filem The Flash jauh lebih besar dari sekadar cameo, dan menyatakan bahawa Walter Hamada tidak layak untuk menjadi ketua DC Films.
Fisher sebelum ini lantang mengkritik Warner Bros. kerana menyambung perkhidmatan Walter Hamada selama dua tahun sebagai Presiden DC Films. Pelakon berusia 33 tahun itu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu terlibat dalam sebarang projek filem DC yang melibatkan Hamada.
Minggu lalu, Fisher menafikan desas-desus yang dia akan mengundurkan diri dari peranannya dalam DC Extended Universe, dan menegaskan bahawa dia akan muncul dalam The Flash. Perkembangan terbaru ini mungkin menjadi petunjuk bahawa dia akan disingkirkan terus dari peranan Cyborg dalam DCEU.