Salah seorang pelakon utama filem superhero DC Justice League, Ray Fisher kongsi gambar dari salah satu babak yang dipotong dalam filem tersebut.
Gambar tersebut menunjukan Victor Stone aka Cyborg terlibat dalam salah satu perlawanan sukan Football. Ia menunjukan kisah lampau Vic telah dipotong dari filem Justice League.
https://twitter.com/rehsifyar/status/938974835681533952
Filem superhero DC berkenaan menerima kecam teruk dari peminat filem terutamanya yang meminati superhero-superhero DC. Peminat menuntut Warner Bros. mengeluarkan filem penuh versi Zack Snyder.
Zack Snyder merupakan pengarah untuk filem Justice League, namun disebabkan masalah peribadi, tempatnya digantikan oleh bekas pengarah Avengers: Age of Ultron, Josh Whedon. Namun tindakan Josh Whedon memotong begitu banyak babak dalam filem Justice League sehingga menjadi pendek menyebabkan peminat-peminat tidak berpuas hati dengan filem yang mereka tonton.
Selain kontroversi pemotongan babak oleh pengarah, Justice League juga turut dikecam kerana kualiti CGI yang begitu teruk terutamanya CGI supervillain Steppenwolf.
Kini, peminat terpaksa menunggu versi DVD/Blu-ray sekirannya mereka mahu menonton versi penuh Justice League seperti mana yang sering dilakukan oleh Warner Bros. dalam filem-filem superhero keluaran mereka.