Trivia

Ratu Ilmu Hitam, Ashfall, Bombshell Antara Yang Menarik Pada Tahun Baru Ini.

Views

Tahun 2020 dimulakan dengan beberapa filem tahun 2019 yang sedikit lewat tayangannya di Malaysia. Antara yang menarik sudah tentu filem hit dari Korea Selatan iaitu Ashfall dan filem seram dari Indonesia iaitu Ratu Ilmu Hitam.

Selain itu juga, peminat jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan hebat Charlize Theron, Nicole Kidman dan Margot Robbie dalam filem biografi drama berjudul Bombshell, serta filem aksi thriller berjudul 21 Bridges lakonan bintang Avengers: Endgame, Chadwick Boseman.

Berikut adalah senarai filem yang bakal menemui anda dipawagam pada minggu pertama tahun 2020.

1. Bombshell

  • Genre: Biografi Drama
  • Klasifikasi: N/A
  • Pengarah: Jay Roach
  • Pelakon: Charlize Theron, Nicole Kidman, Margot Robbie, John Lithgow

Filem ini berdasarkan pengakuan beberapa pekerja wanita di Fox News yang ingin menjatuhkan pengasas dan ketua CEO Roger Ailes, dengan mendedahkanya atas gangguan seksual ditempat kerja

2. Ashfall

  • Genre: Aksi / Bencana
  • Klasifikasi: N/A
  • Pengarah: Lee Hae-Jun, Kim Byung-seo
  • Pelakon: Lee Byung-Hun, Ha Jung-Woo, Ma Dong-Seok, Jeon Hye-Jin, Bae Suzy

Sebuah gunung berapi di Gunung Baekdu tiba-tiba meletus, menjadikan ia salah satu letusan terbesar dalam sejarah Korea. Bencana itu menimbulkan huru-hara di Korea dan beberapa letusan dijangka akan berlaku di Korea Selatan dan Korea Utara. Menggunakan teori pakar geologi Profesor Kang Bong-Rae, Jeon Yoo-Kyung memulakan operasi untuk menghentikan bencana yang bakal berlaku. Ejen Pasukan Khas Jo In-Chang telah dilantik untuk mengetuai operasi itu. Sementara itu, isteri In-Chang, Choi Ji-Young yang tinggal bersendirian di Seoul, bergelut untuk terus hidup dalam keadaan bencana itu.

3. Ratu Ilmu Hitam

  • Genre: Seram
  • Klasifikasi: 18
  • Pengarah: Kimo Stamboel
  • Pelakon: Hannah Al Rashid, Ario Bayu, Imelda Therinne, Miller Khan, Tanta Ginting

Hanif membawa isterinya Nadya dan anak-anak mereka ke rumah anak yatim jauh di pedalaman, di mana dia dibesarkan dahulu untuk melawat Pak Bandi, pengasuh di rumah itu. Dua rakannya, Anton dan Jefri, turut datang bersama isteri-isteri mereka. Namun, mereka mula diganggu kejadian-kejadian aneh ketika bermalam di rumah itu. Lebih menakutkan, anak-anak mereka turut melihat kelibat seorang wanita. Seorang demi seorang daripada mereka mula hilang atau mati. Semuanya angkara Ratu Ilmu Hitam, yang berdendam dan lahir daripada dosa-dosa anak-anak yatim yang tinggal di rumah itu.

4. 21 Bridges

  • Genre: Aksi Thriller
  • Klasifikasi: 18
  • Pengarah: Brian Kirk
  • Pelakon: Chadwick Boseman, J.K. Simmons, Sienna Miller, Taylor Kitsch, Channing Tatum

Seorang detekif NYPD telah bertindak menutup bandar Manhattan dalam usaha memburu penjenayah yang telah membunuh sepasukan anggota polis

5. The Grudge

  • Genre: Seram
  • Klasifikasi: 18
  • Pengarah: Nicolas Pesce
  • Pelakon: Andrea Riseborough, Demián Bichir, John Cho, Lin Shaye, Jacki Weaver

Seorang detektif muda, yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, perlu menyelamatkan diri dan anak lelakinya dari sumpahan sebuah rumah di kejiranannya. Rumah itu dipenuhi dengan roh jahat yang mana sesiapa yang masuk akan mati dengan kejam,

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks