Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Vincenzo” Meningkat Ke Tahap Tertinggi

Rating drama terbaru tvN “Vincenzo” kembali meningkat selepas menyaksikan penurunan pada episod sebelumnya.

Episod terbaru drama lakonan Song Joong Ki itu berjaya mencapai rating tertinggi sepanjang tayangannya. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), “Vincenzo” telah mencatatkan purata rating sebanyak 11. 1 peratus dan kemuncaknya sebanyak 12.3 peratus, menguasai kedudukan pertama dalam slot waktunya di semua saluran dan mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Selain itu juga, drama tersebut turut mencapai penilaian tertinggi dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun dengan rating sebanyak 6.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 7.5 peratus. 

Sementara itu di OCN,  drama “Times” menikmati peningkatan jumlah penonton apabila episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 2.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 2.7 peratus, manakala drama TV Chosun, “Love (ft. Marriage and Divorce)” turut mencatakan peningkatan rating iaitu sebanyak 8.3 peratus. 

Akhir sekali, drama KBS 2TV “Homemade Love Story” menamatkan siarannya dengan rating kukuh, serta berjaya mengekalkan status drama paling banyak tontonan pada Sabtu malam. Siri finale drama popular itu telah merekodkan purata rating sebanyak 31.2 peratus dan 32.9 peratus untuk dia bahagiannya.

Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. 

Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo. Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.

Love (ft. Marriage and Divorce) dibintangi Sun Hooon, Lee Tae Gon, Park Joo Mi dan ramai lagi itu, mengikuti masalah tiga pasangan suami isteri yang berada di tahap berbeza dalam hidup mereka. 

Times adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha