Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Vincenzo” & “Beyond Evil” Meningkat, “Revolutionary Sisters” Duduki Tangga Pertama

Selepas berakhirnya drama SBS The Penthouse 2 pada Jumaat yang lalu, kedudukan pertama untuk siaran Sabtu malam terbuka kepada drama lain. 

The Penthouse 2 telah menguasai kedudukan pertama untuk siaran hari Jumaat dan Sabtu malam sejak hari pertama disiarkan, dan kini, selepas berakhirnya musim kedua pada 2 April yang lalu, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters telah mengambil-alih tempat pertama untuk slot Sabtu malam. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama popular KBS itu telah merekodkan purata rating sebanyak 21.6 peratus dan 25.1 peratus untuk dua bahagiannya.

Sementara di rangkaian tv kabel, drama tvN Vincenzo menikmati peningkatan rating apabila episod terbaru merekodkan purata penilaian sebanyak 10.8 peratus. Manakala di JTBC, drama Beyond Evil turut mencatatkan peningkatan selepas episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 5.3 peratus.

Vincenzo boleh di strim di platform penstriman Netflix

Related posts

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Zulaikha

Leave a Comment